Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

KAFA Minta Lebihan Tiket...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)...

Chauvinis Ancam Keharmonian Negara!...

KUALA LUMPUR - Keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini terhakis kerana perpaduannya sering...

15,000 Banduan, Bekas Banduan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Jabatan Penjara (JPM) menyasarkan...

Rumah Dihias Macam Alam...

SEORANG wanita yang meminati pelangi telah menjadikan rumahnya sebagai `fantasi ’ dan berjaya...

Perangai Pemandu Teksi Malaysia Masih Tak Berubah

RATA-RATA pengguna yang memilih perkhidmatan Uber dan GrabCar berbanding teksi biasa ada alasan tersendiri.

Bukan tidak mahu gunakan perkhidmatan teksi namun, pemandu-pemandu teksi didakwa sering mengelak untuk menggunakan meter serta memilih kawasan tertentu sahaja terutamanya kawasan yang tidak sesak.

Menurut pemilik akaun Facebook Hakim Ishraf, insiden terbaharu dialaminya sewaktu ingin menggunakan perkhidmatan teksi di kawasan pusat beli belah Skudai Parade, membuatkan dia hilang hormat kepada segelintir pemandu teksi.

Jom ikuti luahannya berkenaan sikap tipikal seorang pemandu teksi yang ditemuinya.

Belakangan ini, saya selalu menggunakan perkhidmatan Uber kerana kereta saya masih berada di bengkel. Semalam saya dari Kuala Lumpur dan bas turunkan saya di Skudai Parade. Saya ternampak beberapa teksi yang sedang menunggu penumpang.

Saya mendekati mereka dan bertanya, berapa caj tambang dari Skudai Parade ke rumah saya dengan harapan golongan pemandu teksi ini sudah berubah dan menambah baik perkhidmatan mereka.

Mereka jawab, sekitar RM15 – RM20. Jadi, saya pun bertanya lagi, “Pakai meter, tak boleh ke bang?”

Soalan saya itu membuatkan mereka kelihatan kurang senang. Lalu mereka memberikan alasan yang mereka terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk kembali semula ke Skudai Parade.


Mendengar alasan itu, saya terus beredar dan mencari perkhidmatan Uber. Teka berapa caj yang dikenakan pada saya? Kurang dari RM5!!

Saya jangkakan pemandu teksi sudah berubah, malangnya masih sama, menggenakan caj tambang yang melampau, memilih penumpang dan enggan menggunakan meter.

Tidak hairanlah pemandu Teksi Malaysia tersenarai antara pemandu teksi paling teruk di dunia.

Tolonglah buat penambahbaikan dalam perkhidmatan dan imej teksi. Berhenti berkata, “Cari teksi lain, dekat sangat,” atau “Tak boleh, jalan jem”. Bercakaplah dengan nada yang baik dan sopan serta meter di dashboard teksi itu bukan sekadar perhiasan.

Saya tahu, adalah tidak adil untuk melabelkan kesemua pemandu teksi seperti itu. Bukan semua pemandu teksi itu teruk, saya benar-benar kasihan pada pemandu teksi yang jujur dan cuba mencari rezeki yang halal untuk sara kehidupan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Hakim Isyraf

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori