Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Ziyad Cipta Sejarah Kalahkan...

KUALA LUMPUR - Atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli mencipta sejarah apabila meraih...

IKHLAS Gesa Keadilan Kepada...

PUTRAJAYA - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) hari ini menyerahkan...

Sasar Universiti Tempatan Sebagai...

KUALA LUMPUR – Jepun menyasarkan tiga universiti tempatan sebagai rakan bagi mewujudkan sebuah...

Amaran Angin Kencang Mulai...

KUALA LUMPUR - Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam...

Janna Nick Berlagak Diva, Sudah Pandai Hasut Penerbit?

SEBELUM ini, terdapat dakwaan mengatakan pelakon tinggi lampai Janna Nick sudah pandai berlagak diva dan bertindak menghasut penerbit serta pengarah untuk tidak mengambil pelakon yang tidak disukai olehnya.

Walau bagaimanapun, Janna tampil menafikan perkara tersebut dan berkata, dia percaya terdapat segelintir pihak cuba memburukkan nama dan imejnya dalam dunia hiburan.

“Saya tak pernah cuba berbuat begitu. Soal pemilihan pelakon adalah hak dan keputusan penerbit serta stesen TV untuk menentukannya. Saya tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul.

“Mungkin ada pihak yang sengaja menggunakan nama saya untuk menutup perkara sebenar yang terjadi dan bertujuan menjatuhkan saya.

“Ada kemungkinan juga pelakon yang namanya dicadangkan itu tidak diterima stesen TV kerana karakter tidak bersesuaian. Mereka menggunakan alasan dengan mengaitkan nama saya untuk menutup perkara sebenar.


“Sekiranya ada pihak yang bertanya hal ini, saya tidak akan lari dan akan berusaha menjawab dengan baik untuk memperbetulkan keadaan,” ujar Janna.

Tambahnya, tiada sebab untuk dia mengelak dari menjawab soalan berkaitan gosip itu kerana ia merupakan cerita tidak benar dan apa yang penting baginya adalah menjaga diri sepanjang berada dalam dunia hiburan tanah air. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori