Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Pelajar ‘Beromen’ Di Parkir...

Aksi tak senonoh sepasang remaja di parkir kereta kini tersebar luas di Singapura...

Mengapa Bank Negara Lembab...

7 JUN 2022 | YB LEE CHEAN CHUNGSaya kesal dengan tindakan lembap Bank...

Kurang Rungutan Rasuah Kerajaan...

PUTRAJAYA - Selepas kira-kira tujuh bulan menerajui pentadbiran negara dengan usaha ditumpukan kepada...

Rapid Rail Lancarkan Set...

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)...

Bagi Hadiah Ciput, Program Junior Cycling Malaysia Kena Bahan

MENJADI bahan jenaka menerusi laman sosial apabila hadiah berupa wang tunai yang diterima pemenang cilik program Junior Cycling Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan dikatakan terlalu kecil.

Netizen di media sosial kini ‘sakan’ berkongsikan gambar-gambar yang memaparkan jumlah hadiah yang diberikan kepada pemenang dalam program yang diadakan bagi mencari atlet pelapis negara kita itu.

Program yang telah diadakan pada 9 April lalu itu menampilkan empat kategori iaitu masing-masing lelaki bawah 15, 13, 11 dan 9 tahun.

Menerusi replika cek yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pemenang bagi kategori 15 tahun menerima medal dan wang tunai RM50, naib juara RM40 manakala tempat ketiga, RM30 berserta medal.

31
Juara kategori bawah 9 tahun dengan replika cek bernilai RM30.
32
Naib juara kategori bawah 11 tahun.
33
Kategori bawah 13 tahun.

tadaaa

Sementara untuk kategori 13 tahun pula, juara menerima medal dan wang tunai RM40, manakala tempat kedua RM30 dan tempat ketiga serta keempat masing-masing mendapat RM20 berserta medal.

Bagi peserta di tempat kelima pula mereka hanya menerima hadiah sebuah botol air.

Reaksi netizen pula ternyata berbeza-beza di mana ada yang mengatakan wang hadiah terlalu kecil dan tidak setimpal dengan usaha gigih yang dilakukan peserta.


“Punyalah penat adik ini mengayuh basikal sampai kejang urat kaki, RM30 saja dia dapat? Kata nak galakkan remaja dalam aktiviti sukan, galakkan apa kalau seperti ini?” kata Eisqandar Raziemy.

“Ingat tak adegan Haji Bakhil cakap pada Labi semasa mereka meminta derma? ‘Budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak,’ sebab itulah,” seloroh Fairul Abu Bakar.

Mockup Check tu lagi mahal dari hadiah yang budak-budak tu dapat, mesti balance dari RM100 juta tu kot,” tulis Hana Che Na.

Sementara Omar Rezza pula memberikan komen;

“Bagila RM200 ker… RM150… RM100, bukannya tak bersyukur, tapi event rasmi kot…janganlah nampak sangat tak ada duit,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori