• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LCW Selangkah Lagi Raih Gelaran Ke-11 Terbuka Malaysia

oleh Ahmad Albab
09/04/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah untuk meraih kejuaraan ke-11 Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia apabila mara ke perlawanan akhir saingan itu, hari ini.

Chong Wei menempah slot ke pentas akhir selepas mencatat kemenangan mudah 21-7, 21-14 ke atas pemain nombor lima dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark pada aksi separuh akhir berlangsung selama 35 minit di Stadium Malawati, hari ini.

Pilihan kedua kejohanan itu akan berdepan jaguh China, Chen Long, yang juga pemain nombor satu dunia, pada perlawanan akhir, esok.

Chen Long mara ke pentas final selepas terpaksa berhempas pulas menewaskan pemain muda Indonesia, Jonatan Christie 8-21, 21-19 dan 21-14 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Untuk rekod 23 pertemuan, Chong Wei memenangi 11 perlawanan manakala Chen Long berkelebihan satu kemenangan.

“Bertemu Chen Long sudah pasti sengit. Beliau banyak kelebihan seperti ketinggian, jadi saya tidak boleh sentiasa menyerang…perlu juga lebih bertahan.

“Pertemuan antara kami seimbang, ada menang dan kalah. Paling penting, keyakinan diri saya semakin bagus dalam setiap perlawanan dan sasaran saya untuk meraih kejuaraan ke-11,” kata Chong Wei.

Chong Wei juga berharap mendapat sokongan padu peminat tempatan untuk membantunya merampas kejuaraan daripada Chen Long, yang merupakan juara bertahan kejohanan tersebut.

Ditanya mengenai trend pemain terbaik dunia seperti Lin Dan, Chen Long dan beliau sendiri yang mudah tewas dalam beberapa kejohanan sebelum ini, Chong Wei berkata menang atau kalah adalah adat perlawanan.

“Sebagai pemain, menang atau kalah itu perkara biasa. Kami sendiri tidak tahu bila kami akan mencapai kemuncak prestasi kerana ia bergantung kepada kecergasan pemain itu sendiri…yang penting perlu bebas daripada kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Chen Long tekad menampilkan aksi terbaik bertemu Chong Wei, yang sudah tentu mendapat sokongan padu daripada penyokong tempatan.

“Penyokong Malaysia sudah tentu memberi sokongan padu kepada Chong Wei. Namun, saya berharap penyokong akan dapat menyaksikan perlawanan akhir yang menarik,” kata pemain China berusia 27 tahun itu.

Mengenai pertemuan berdepan Jonatan, Chen Long berkata beliau bernasib baik memenangi perlawanan tersebut, selepas tumpas di set pertama, dan pada satu ketika ketinggalan 16-19 pada set kedua, sebelum mencatat kemenangan 21-19. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd