• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Pemancing Hilang, 8 Lagi Terselamat Selepas Bot Karam

oleh Ahmad Albab
07/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang pemancing dikhuatiri hilang manakala lapan lagi rakannya terselamat setelah bot mereka karam di perairan Tanjung Sedili dekat Kota Tinggi kira-kira 1 pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata mangsa yang hilang dikenali sebagai Mohd Nor Kelewon, 31, dari Simpang Renggam.

Mereka yang terselamat pula dikenali sebagai Mohd Firdaus Hussin, 28, Sadri Baharudin, 26, Shahrizal Mahat, 28, Rosita Sakarudin, 30, Ishak Bidin, 54, Andriko Nasrul, 34, manakala dua lagi mangsa belum diketahui identitinya.

Menerusi satu kenyataan di sini hari ini, Amran berkata kesemua mereka dilaporkan keluar memancing di perairan itu pada pukul 4 pagi semalam sebelum bot mereka tiba-tiba mengalami kebocoran dan menyebabkannya karam.

“Lapan daripada mereka menyelamatkan diri dengan berpaut pada tong dan pelampung selama tujuh jam sebelum diselamatkan sebuah bot nelayan tempatan kira-kira 13 batu nautika Tenggara Tanjung Sedili pada pukul 9 pagi tadi,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: bot karammemancing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Hilang Dibaham Buaya Ketika Memancing

Lelaki Hilang Dibaham Buaya Ketika Memancing

08/07/2025
0

LIMBANG - Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di tebing sungai berhampiran Kampung Pandam di sini...

Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Klang

Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Klang

17/03/2025
0

KLANG, 17 Mac 2025 – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar memancing di kawasan bawah Jambatan Muhibbah, Klang, berhampiran Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd