• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Protes GST: Wan Azizah, Nurul Izzah Elak Jumpa Tun M?

oleh AK-47
03/04/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini 2 April 2016 berlangsung konon secara ‘besar-besaran’ perhimpunan protes GST yang dinamakan Himpunan Bantah GST anjuran Parti Amanah Negara (PAN) di sekitar Dataran Merdeka di ibu negara.

Jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram ini tidak seperti diharapkan langsung oleh pihak penganjur menetapkan sasaran 10,000 orang dengan hanya disertai kurang daripada 1,000 peserta.

Nampaknya perhimpunan kali ini turut GAGAL dan menerima nasib sama seperti perhimpunan pada 28 Mac lalu. Ada berpendapat faktor cuaca panas dek fenomena El Nino menjadi punca utama ia tidak mendapat sambutan.

Rata-rata hadir lebih selesa duduk di bawah rimbunan pokok yang terdapat di sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur daripada bersama-sama berpanas terik di bawah cahaya matahari dengan pemimpin ‘pujaan’ mereka.

IMG_4445

IMG_4433

Beberapa kelibat pemimpin pembangkang dilihat bergilir-gilir memberi ucapan berbaur provokasi liar dan kutukan jahat terhadap pucuk pimpinan negara khasnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pentas ucapan di Dataran Merdeka itu dimulakan pukul 3.30 petang oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebelum diteruskan ibunya, Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin lain.

DSC08304

“Walaupun ada yang kata hari ini panas, tapi dalam hati lagi panas. Kita mahu dana rakyat dikembalikan, GST perlu dimansuhkan. Pemimpin korup, kalau berani nak lari, cubalah lari,” cabar jenaka Nurul Izzah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu cuba membangkitkan semangat penyokong yang hadir dan jelas hilang semangat dengan melihat kepada sambutan hambar acara mega tersebut seolah-olah sekadar bertaraf fun fair kampung.

Bagaimanapun, tidak sampai satu jam menyertai perhimpunan bodoh itu, Wan Azizah bersama-sama dengan pemimpin lain dilihat bertindak segera ‘angkat kaki’ meninggalkan lokasi perhimpunan haram tersebut.

DSC08298

Ada mendakwa mereka berdua cuba mengelak daripada bertemu seteru keluarga Anwar Ibrahim sejak 1998 iaitu bekas bosnya sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang teruk dikutuk sebagai diktator, firaun dan mahazalim.

Kesan himpunan haram ini menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit. Pihak polis terpaksa kawal keadaan di kawasan demonstrasi untuk elak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Baca: Tun Mahathir Hadiri Himpunan ‘Bodoh’ Bantah GST

Juga: Demo Bantah GST Hambar, Cuma 1,000 Peserta ‘Bodoh’

Tags: bantahan gstGSTNurul IzzahPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd