Jakarta – Seramai 20,000 nelayan merancang mengadakan tunjuk perasaan di Jakarta esok dan antara tuntutan mereka mendesak Menteri Laut dan Perikanan, Susi Pudjiastuti berundur.
Ketua kumpulan nelayan itu, Wajan Sudja berkata, mereka membantah beberapa dasar dibuat Susi sehingga memberi kesan kepada nelayan.
Katanya, pelbagai dasar kerajaan tidak sama seperti janji Presiden Joko Widodo (Jokowi) ketika kempen pilihan raya presiden pada 2014.
“Jokowi berkempen di kampung nelayan Karangsong Indramayu dan menandatangani perjanjian memperjuangkan kesejahteraan nelayan,†katanya.
Bagaimanapun, ujarnya, hingga saat ini janji itu tidak ditepati, malah kehidupan nelayan semakin sengsara.
“Itu janji Jokowi. Apa salah nelayan hingga kami diberi hadiah seorang menteri kaya sebegini,†tegasnya.
Sementara itu, Susi berkata, dia tidak tahu tujuan tunjuk perasaan oleh kumpulan nelayan dari kawasan di utara Jawa itu.
“Saya hanya tunggu dan lihat perkembangan ini kerana tidak tahu apakah tujuan dan tuntutan mereka,†katanya. – Agensi/myMetro Online

