• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebab Utama Kenapa Tudung Fareeda Jadi Kegilaan Ramai

oleh AK-47
05/04/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN video kekecohan ‘serangan’ peminat tudung jenama Fareeda yang jadi viral baru-baru ini, timbul soalan apa keistimewaan tudung Fareeda sehinggakan orang ramai sanggup berebut-rebut mahu mendapatkannya?

Menerusi pemerhatian kami, tudung Fareeda berjaya mendapat perhatian ramai kerana mereka ada personal shopper yang akan beli bagi pihak-pihak tertentu yang kemudian akan dijualnya semula pada harga yang lebih tinggi daripada yang dipasarkan oleh jenama itu sendiri.

Personal shopper menyediakan perkhidmatan jualan dan memberikan nasihat dan rata-ratanya mereka terdiri daripada golongan yang mahir tentang selok belok barangan berjenama dan ada di antaranya adalah peminat tegar barangan tersebut.

fareeda3
Dalam ramai-ramai yang berasak, pasti ada terselit satu dua personal shopper yang ingin menjual semula tudung dengan harga yang lebih tinggi memandangkan terdapat permintaan daripada penggemar tudung Fareeda.

Contohnya, personal shopper itu mungkin membeli sehelai tudung dengan harga RM150, kemudiannya mereka akan menjual sebagai contoh sebanyak RM200 kepada pelanggan mereka.

Jadi, jumlah keuntungan sebanyak RM50 sudah berjaya diperoleh oleh personal shopper terbabit.

Sebab yang kedua kenapa tudung Fareeda ini begitu mendapat sambutan ialah kerana setiap kali keluaran terbaharunya, ia adalah koleksi terhad yang mana pengusahanya akan mengeluarkan model tudung terbaharu itu dalam jumlah-jumlah terhad sahaja.

Jika Fareeda mengeluarkan sebanyak 100 helai, hanya itu sahaja yang akan dijual dan mereka tidak akan mengulang cetak corak dan rekaan yang sama bagi mengekalkan eksklusiviti buat pelanggan mereka.

fareeda1
Sweet Luv, koleksi terbaharu hijab keluaran Fareeda.
fareeda2
Sweet Luv, koleksi terbaharu hijab keluaran Fareeda.

Selain itu juga, pengusaha butik Fareeda turut mengamalkan konsep seperti butik-butik terkenal seluruh dunia yang mengamalkan pengambilan nombor giliran untuk membeli-belah dalam premis mereka dalam satu-satu masa tertentu.

Itu pasal peminat Fareeda tidak pernah jemu berasak-asak demi mengejar nombor giliran dan difahamkan insiden bertolak-tolakan di antara mereka bukan kali pertama berlaku malah hampir setiap keluaran terbaharu, ada sahaja berlaku kejadian berasak-asak.

fareeda4
Dipercayai butik Fareeda hanya membenarkan seramai 20 hingga 30 pelanggan dalam satu-satu masa untuk membeli tudung di premis mereka.

Sebelum ini juga, ada peminat yang terlalu ‘taksub’ dengan Fareeda sanggup tidur di kaki lima butik dalam usaha tidak mahu ketinggalan memiliki tudung koleksi terbaharu yang bakal dilancarkan pada keesokan harinya.

Itu antara sebab-sebab kenapa tudung jenama Fareeda digemari ramai walaupun harganya boleh dikatakan agak mahal untuk pasaran jualan tudung. – MYNEWSHUB.CC

fareeda5
Penggemar tudung jenama Fareeda yang rela tidur bergelimpangan demi mendapatkan stok tudung kegilaan mereka.

 

Video: Berebut Beli Tudung, Dahsyatnya Lelaki Pun Turut Serta

Baca:  Wardina Tegur Usahawan Tudung Layan Pelanggan Macam Lembu

Baca:  Aksi Mawar Fareeda Ketika Pelanggan Berebut Undang Kritikan

Baca:  Kes Rebut Beli Tudung, Keselesaan Pengguna Mesti Diutama – PPIM

 

Tags: fareedaviral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Hidup Ringkas Noor Inayat Khan AKA Nora Baker

22/06/2022
0

Kisah seorang perisik Muslim semasa perang dunia kedua yang mengorbankan nyawa demi negaranya. Kisah Noor Inayat Khan sebenarnya tidak diketahui...

Wanita Bertudung Diminta Masak ‘Babi Panggang’

02/11/2021
0

JAKARTA: Sebuah video tular dalam Instagram selepas warga maya meminta seorang pempengaruh bertudung memasak babi panggang. Lapor Suara.com, komen itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd