KOTA TINGGI – Seorang lelaki warga emas ditemui mati di hadapan pintu bilik tidur rumahnya di Jalan Ibrahim, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata mayat Chin Kee Siong, 79, ditemui kira-kira 6 petang oleh anak saudara lelakinya yang datang ke rumah terbabit untuk menziarahinya.
“Apabila anak saudara Chin iaitu Chee Koon Yen yang tinggal di Taman Kota Jaya, di sini, membuka pintu rumah, dia melihat Chin sudah terbaring di hadapan pintu bilik dan tidak bernyawa,” katanya ketika dihubungi.
Rahmat berkata mayat Chin kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan mendapati tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematiannya.
Beliau berkata mengikut rekod kesihatan, Chin didapati menghidap diabetis, darah tinggi dan sakit jantung. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]G4cJjTiJyXY[/wpdevart_youtube]

