Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 42,000 Hektar Hutan...

JAKARTA - Lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang direkodkan terbakar sejak Januari...

Najib Lancar Indeks Syariah...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Indeks...

10 Exco Melaka Angkat...

MELAKA - Sepuluh Anggota Exco Kerajaan Negeri Melaka mengangkat sumpah jawatan di hadapan...

2 Pemegang Taraf PR...

TELUK INTAN - Dua warganegara Indonesia yang merupakan pemegang taraf penduduk tetap (PR)...

Warga Emas 68 Tahun Sahut Cabaran Tawan Everest

KUALA LUMPUR – Berusia 68 tahun bukan halangan bagi seorang warga emas James Lee untuk menyahut cabaran menawan puncak Everest setinggi 29,000 kaki yang merupakan puncak gunung tertinggi di dunia itu.

Beliau bersama dua lagi pendaki iaitu Sherine Leong, 40, dan Desmond Lee, 56, akan memulakan misi pendakian pada 30 Mac ini dan dijangka tamat, pada awal Mei.

Kesemua mereka merupakan anggota Lions Clubs International District 308B1 Malaysia yang bakal menyertai Ekspedisi Gunung Everest (MEE) dengan tajaan daripada syarikat insurans, Archipelago serta syarikat kewangan, VKA Financial Group bagi menjayakan ekspedisi itu.

“Apa sahaja yang kita lakukan hari ini mempunyai cabaran dan risiko tersendiri.

“Mendaki gunung bukanlah suatu perlumbaan tetapi perlu dilakukan secara berperingkat dan berhati-hati,” katanya pada sidang media MEE di sini hari ini.

Menurut James, usia bukanlah kayu pengukur untuk mencabar diri sendiri mencapai sesuatu kejayaan tetapi terletak pada semangat serta disiplin yang tinggi bagi membuktikan kemampuan diri masing-masing.

James yang ada pengalaman memanjat 56 gunung antaranya Gunung Fiji di Jepun, Gunung Rinjani di Indonesia serta 16 kali mendaki Gunung Kinabalu itu berkata beliau bersama dua lagi peserta sentiasa melakukan latihan fizikal di gimnasium, berenang dan berlari sejauh lima hingga 20 kilometer setiap hari.


“Memanjat gunung Everest memerlukan tahap disiplin yang tinggi, keazaman dan latihan berterusan,” katanya yang mula mendaki sekitar 1990 pada usia 42 tahun.

Beliau berkata, latihan fizikal amat diperlukan sebagai persediaan menamatkan misi pendakian mencabar itu yang dijangka mengambil masa lebih dua bulan untuk tiba di puncak gunung berkenaan.

“Kami perlu memastikan daya tahan tubuh badan kami. Pengalaman pendakian sebelum ini mengajar serba sedikit tentang persediaan yang perlu dilakukan,” katanya.

Sherine berpengalaman mendaki Gunung Annapurna di Nepal pada April 2015 serta beberapa gunung dalam negara manakala Desmond pula pernah mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2000. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]8fptqIzOupE[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori