Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Akta Khusus Warga Emas...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata satu akta...

Perbarisan Hari ATM Ke-85...

SUBANG - Membawa tema sambutan Hari Angkatan Tentera (ATM) Ke-85, ATM Teras Kedaulatan...

Petronas Penapisan Melaka Salur...

MELAKA - Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd. menyalurkan RM175,300 kepada anak yatim, keluarga...

Apple Watch Akan Ditawarkan...

APPLE telah mula menawarkan jam tangan pintar mereka di beberapa buah negara, dan...

Wanita Maut Dipercayai Didera Lelaki Di Rumah Sewa

JITRA – Seorang wanita maut dipercayai didera seorang lelaki di sebuah rumah yang dijadikan rumah sewa di Taman Gemilang, di sini petang semalam.

Jurucakap polis berkata mangsa, Nurul Syahirah Ishak, 21, tinggal bersama lelaki terbabit dan isterinya, serta bayi lelaki berusia lima bulan dalam satu daripada bilik utama di rumah tersebut.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Jitra namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan kira-kira 3 petang tadi,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Pemeriksaan awal polis menemui kesan kecederaan teruk dipercayai didera pada badan mangsa.

Ekoran itu, polis menahan lelaki berusia 48 tahun terbabit bagi membantu siasatan.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya mengesahkan menerima laporan kes tersebut, bagaimanapun butiran lanjut kes masih dalam siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori