• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Subang Cadang Perhimpunan Balas 27 Mac

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Subang mencadangkan satu perhimpunan besar-besaran bagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diadakan di ibu negara pada 27 Mac ini.

Ketuanya, Datuk Zein Isma Ismail berkata, perhimpunan itu sebagai perhimpunan balas ke atas rancangan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri melalui demonstrasi dan rusuhan jalanan pada hari sama.

“UMNO Bahagian Subang mengutuk sekeras-kerasnya segala penglibatan pemimpin dan ahli UMNO memberikan persetujuan untuk turut serta dalam perhimpunan haram yg dirangka oleh pembangkang pada 27 Mac 2016.

“UMNO Bahagian Subang mencadangkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Majlis Tertinggi UMNO untuk menganjurkan perhimpunan aman atas nama solidariti rakyat bersama Najib pada tarikh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zein berkata, UMNO Bahagian Subang melafazkan taat setia tanpa berbelah bahagi terhadap Presiden UMNO untuk terus memimpin negara selaku Perdana Menteri.

Katanya, UMNO Bahagian Subang juga mengambil ketetapan setia mendokong dan sentiasa bersedia membantu Najib untuk terus mengemudi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Justeru, katanya, UMNO Bahagian Subang kecewa dengan sikap Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Mahyuddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan segelintir bekas pemimpin bekas UMNO yang secara terbuka bersengkongkol dengan parti pembangkang bagi menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia secara tidak demokratik. – mynewshub.cc

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd