• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubah Status Dokumen Tender Tanah Taman Manggis

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP digesa supaya mengubah status dokumen tender terbuka mengenai kelulusan tanah bagi pembinaan kemudahan perubatan dan hotel di bawah Fasa 2 Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, di sini.

Ketua Biro Pengaduan Awam Gerakan Pulau Pinang Jason Loo berkata kerajaan negeri perlu ikhlas dalam mengubah status dokumen berkenaan dan tidak mewujudkan halangan bagi orang ramai yang ingin memohon mendapatkan rekod transaksi kerajaan sekiranya tiada perkara yang hendak mereka sembunyikan.

Loo berkata beliau perlu membayar kira-kira RM50 hingga RM150 dan dikehendaki menandatangani satu akuan berkanun (SD) untuk membeli dokumen tender terbuka itu.

“Sebenarnya, bulan lepas, kami memohon mendapatkan dokumen itu dan kami diminta menandatangani satu SD. Tapi, seperti yang saya nyatakan kepada pegawai terbabit, saya tidak akan ubah keputusan saya untuk tidak menandatangani SD itu. Apabila sudah menandatangani SD itu, anda tidak boleh mendedahkan dokumen yang anda peroleh daripada kerajaan negeri kepada pihak ketiga.

“Saya juga ingin tahu sama ada orang lain yang datang ke Komtar untuk membeli dokumen itu juga perlu menandatangani SD berkenaan. Sekiranya mereka tidak diperlukan berbuat demikian, maka ia suatu keganjilan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Loo memohon membeli dokumen tender terbuka bagi tanah Taman Manggis dengan membayar RM150 di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini, tetapi perlu menunggu selama 14 hari.

Beliau berharap kerajaan negeri akan bersikap telus dan membenarkan orang ramai mendapatkan dokumen tender terbuka itu agar mereka boleh membuat penghakiman tentang kes berkaitan banglo yang heboh diperkatakan sekarang ini menurut perspektif sewajarnya.

“Persoalan paling besar ialah sama ada penjualan banglo berkenan mempunyai kaitan secara lngsung atau tidak langsung dengan kontrak yang diberi kerajaan negeri Pulau Pinang kepada seseorang yang terlibat,” katanya.

Isu tanah Taman Manggis timbul apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membawanya kepada pengetahuan Dewan Rakyat Khamis lepas dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya diperuntukkan bagi Projek Perumahan Rakyat.

Sementara itu, Puteri UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan kepada SPRM tentang penjualan tanah Taman Manggis Fasa 2.

Ketuanya, Nurul Haida Mahamad, mendakwa tanah itu ditawar untuk dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) pada 2010, tetapi dokumen hak miliknya dikeluarkan pada 2015, iaitu lima tahun kemudian.

“Kami menerima beberapa dokumen berkaitan urusan jual beli tanah itu dan telah mengemukakannya kepada SPRM untuk disiasat,” kata Nurul Haida kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis menyarankan Penasihat DAP, Lim Guan Eng mewujudkan...

Program Jualan Daging Babi Besar-Besaran Di Tempat Awam Bukti Butterworth Hidup Penuh Maruah – Guan Eng

Program Jualan Daging Babi Besar-Besaran Di Tempat Awam Bukti Butterworth Hidup Penuh Maruah – Guan Eng

15/06/2026
0

BUTTERWORTH – “Tempat lain mungkin tidak mahu, tidak boleh atau tidak berani menganjurkan promosi besar-besaran daging babi, tetapi Butterworth berani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd