• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubah Sikap Anggota Parlimen Untuk Mulakan Transformasi

oleh Ahmad Albab
30/03/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan transformasi Parlimen perlu dimulakan anggota-anggota Parlimen itu sendiri yang seharusnya berbahas mewakili rakyat dan bukannya semata-mata berasaskan parti politik.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata setiap anggota Parlimen perlu berbahas dengan kebenaran dan tidak membawa ideologi politik dalam setiap perbahasan.

“Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat untuk membawakan masalah mereka ke Parlimen untuk diselesaikan namun kekecewaan rakyat pada Parlimen bermula apabila anggota Parlimen berbahas sebagai ahli politik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara ‘Demokrasi’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Selasa malam. Dua lagi panel ialah Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi dan Ketua Whip DAP Anthony Loke Siew Fook.

Nasrudin turut bersetuju bahawa perubahan Parlimen perlu bermula dengan anggota dewan dan tahap perbahasan wakil rakyat perlulah lebih berkualiti.

Beliau menjelaskan, ketika ini bahasa yang digunakan oleh anggota Parlimen tidak menunjukkan kualiti sesebuah Parlimen sebaliknya menonjolkan bahasa yang tidak elok sehingga institusi tersebut bertukar menjadi seolah-olah ‘pasar’.

“Kekecewaan yang berlaku dalam kalangan ahli Parlimen yang masih baharu ialah apabila didedahkan dengan kalimah-kalimah kesat yang digunakan di Parlimen, tidak ubah seperti berada di pasar,” katanya.

Justeru, dalam melaksanakan transformasi Parlimen, seorang anggota Parlimen haruslah mengawal bahasa yang digunakan, mempunyai latar belakang undang-undang dan tidak hanya terikat dengan parti politik bagi memastikan hujah yang diutarakan berkualiti dan diterima dewan, katanya.

Sementara itu, Loke berpendapat transformasi Parlimen perlu dilaksanakan secara beransur-ansur dan tidak drastik bagi membolehkan ia diterima oleh semua pihak.

Januari lepas, Kabinet telah bersetuju dengan tiga daripada empat teras cadangan pindaan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi pelaksanaan transformasi Parlimen.

Teras cadangan yang diterima dalam mesyuarat Kabinet adalah pindaan berkenaan pertanyaan-pertanyaan jawab lisan, mewujudkan Kamar Khas dan mewujudkan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Bagaimanapun, Kabinet membuat keputusan untuk menangguhkan cadangan teras pindaan keempat iaitu mewujudkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan yang baharu. – BERNAMA

Tags: Ahli ParlimenShahrir Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd