Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Najib Tiba Di Milan...

MILAN (Itali) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini...

JKDM Rampas Rokok Seludup...

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 5,700 karton rokok...

Tidak Kurangkan Kuota Haji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan mengurangkan kuota jemaah haji walaupun terpaksa menanggung...

Lawak Pergi Bergambar Di...

MUNGKIN inilah jenaka terbaik pada tahun ini apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim...

Tiz Zaqyah Tak Tertekan Disoal Bila Nak Kahwin

MENCECAH usia lewat 20-an, Tiz Zaqyah tidak dapat lari daripada ditanya soalan bilakah dia ingin mendirikan rumah tangga.

Namun, pelakon ini menyatakan bahawa dia langsung tidak tertekan mengenai perkara tersebut walaupun ramai rakan artis yang sebayanya kini sudah pun mengecap kebahagiaan dengan pasangan masing-masing.

Memetik kenyataannya dalam sebuah akhbar baru-baru ini, Tiz berkata, “Kalau soal cinta, saya tiada apa nak komen. Tetapi saya tak pula fikir usia saya ini sudah agak lewat untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya tiada tekanan dalam soal kahwin ini kerana kita tidak perlu kaitkan dengan soal bersedia atau tidak.

“Saya tak terasa kalau orang bertanya, cuma jangan kata saya ini nak kahwin lambat kerana tidak bersedia. Lumrahnya seorang perempuan kalau dia berkahwin, punya anak, secara automatik dia boleh menjadi ibu dan menjaga anak-anaknya,” ujarnya yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor kacak, Remy Ishak. – MYNEWSHUB.CC

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori