• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Wajib Diambil Ke Atas Pihak Beri Anugerah Palsu

oleh Ahmad Albab
15/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah tindakan tegas wajib diambil ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang terlibat dengan penganugerahanan gelaran darjah tanpa pengiktirafan rasmi daripada kerajaan negeri Perak untuk mengekang ia daripada terus berleluasa.

Baginda bertitah jika perlu, undang-undang yang lebih ketat hendaklah digubal dan hukuman yang lebih berat perlu dikenakan supaya aktiviti itu dapat dibanteras secara berkesan.

“Undang-undang hendaklah dikuatkuasakan secara saksama tanpa memberi keistimewaan atau imuniti kepada sesiapa juga. Pihak yang terbukti bersalah, wajib berhadapan dan dikenakan tindakan yang setimpal,” titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-165 di Istana Iskandariah di sini.

Sultan Nazrin bertitah pendirian mendiamkan diri dan tidak membetulkan kesalahan oleh pihak berkuasa boleh ditakrif sebagai merestui dan mengizinkan kesalahan terus dilakukan dan aktiviti penipuan terus berlaku.

Titah baginda, berdasarkan makluman daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain laporan media, aktiviti penganugerahan darjah oleh pihak tidak berkenaan sememangnya sahih berlaku di Perak serta dikomersialkan untuk mengaut keuntungan.

“Aktiviti dilakukan oleh beberapa individu dengan mencipta darjah gelaran tertentu, ditawarkan kepada orang ramai dengan mengenakan bayaran.

“Penerima dianugerahkan ketinggian darjah gelaran mengikut harga yang sedia dibayar yang mana gelaran ‘Datuk Seri’ diletakkan harga yang lebih tinggi daripada gelaran ‘Datuk’,” titah baginda.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah para pembeli darjah diberikan kad keahlian dan surat khas yang menjamin mereka memiliki imuniti serta kebal daripada tindakan undang-undang disamping diberi lambang untuk diletakkan pada kenderaan.

Baginda menegaskan bahawa aktiviti itu merupakan satu penipuan dan ia bukan sahaja mencemarkan Institusi Raja, Istana dan kerajaan, malah turut mempersendakan darjah kebesaran serta penerima anugerah yang sahih.

Titah Sultan Nazrin, pihak PDRM juga telah mendedahkan nama individu tertentu kepada baginda dan mempunyai hubung kait sejarah dengan kerabat Diraja Perak yang terlibat secara langsung dengan aktiviti itu.

Baginda menegaskan anugerah sesuatu darjah kebesaran dan pengurniaan pingat atas nama Negeri Perak Darul Ridzuan, terletak di bawah budi bicara Raja pemerintah.

Titah baginda nama individu yang dicalonkan untuk menerima darjah dan pingat berdasarkan rekod jasa dan khidmat bakti kepada Raja pemerintah dan negeri Perak akan disaring, ditapis dan dinilai oleh Jawatankuasa Dewan Negara sebelum disembahkan untuk mendapat perkenan Sultan Perak.

“Kesemua bakal penerima anugerah akan dihubungi secara rasmi melalui surat yang turut memaklumkan darjah atau pingat bakal diterima selain menetapkan tarikh istiadat penganugerahan.

“Semua istiadat penganugerahan dilangsungkan di Balai Rong Seri Istana Iskandariah Kuala Kangsar dan kesemua penerima akan menerima anugerah daripada Sultan Perak melainkan dalam keadaan tertentu diwakilkan kepada pemangku raja ataupun Raja Muda Perak,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah para penerima anugerah tidak pernah dikenakan sebarang bayaran dan sama sekali tidak disyaratkan untuk memberi apa-apa sumbangan derma dalam bentuk material mahupun kewangan kepada raja, istana, kerajaan atau kepada mana-mana tabung.

“Orang awam yang didampingi untuk ditawarkan anugerah negeri Perak dengan dikenakan bayaran tertentu, dinasihatkan untuk menghubungi dan membuat laporan kepada polis dan kerjasama ini amat penting supaya aktiviti penipuan ini dapat segera dihentikan,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: AnugerahSultan Nazrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd