Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

RM12 Juta Sedia Makanan...

PUTRAJAYA - Kerajaan memberikan jaminan untuk menjaga kebajikan 74,530 pelajar institusi pengajian tinggi...

Aeril Zafrel Dikritik Kongsi...

TINDAKAN Aeril Zafrel memuat naik foto bogel yang dikaitkan denganya di Instagram sendiri...

Remaja Guna ‘Live-Streamed’ Bunuh...

DUA remaja yang juga sepasang kekasih berusia 15 tahun mengejutkan ramai apabila menembak...

Wak Doyok Dikecam ‘Tayang’...

SEBENARNYA ramai juga orang Melayu kaya di Malaysia ni, termasuklah ikon media sosial...

Tidak Wujud Percanggahan Jumlah Kutipan Levi Pekerja Asing

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim hari ini menjelaskan tidak wujud percanggahan berhubung jumlah kutipan levi permit pekerja asing seperti yang dikemukakan di Dewan Rakyat baru-baru ini kerana ia merujuk kepada dua perkara berbeza.

Merujuk soalan Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) kepada Menteri Dalam Negeri pada 17 Mac, Alwi berkata jawapan jumlah kutipan levi permit pekerja asing yang diberikan ialah RM1.8 bilion pada 2011, 2012 (RM2.6 bilion), 2013 (RM2.4 bilion), 2014 (RM2.6 bilion) dan 2015 (RM2.2 bilion).

Beliau berkata jawapan yang diberikan itu merangkumi jumlah bayaran levi tahun pertama dan pembaharuan permit kerja pekerja asing, selaras dengan persoalan yang dibangkitkan anggota Parlimen Kota Raja itu.

“Setiap pekerja asing dikenakan levi sepanjang bekerja di negara ini.

“Levi tahun pertama akan dijelaskan oleh majikan sebelum pekerja asing dibenarkan memasuki negara untuk bekerja. Levi tahun kedua dan tahun-tahun seterusnya akan dikutip melalui pembaharuan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pada setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Merujuk soalan Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) pada 21 Mac yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah levi dan apa-apa penerimaan oleh kerajaan bagi pengimportan pekerja migran, Alwi berkata KDN berpandangan ia menekankan kepada pengimportan pekerja migran sahaja iaitu kemasukan pekerja asing baharu.


KDN juga berpandangan statistik yang dipohon tidak merangkumi pekerja asing yang sedia ada bekerja dan berada di dalam negara, katanya.

Alwi berkata angka yang dikemukakan dalam jawapan kepada soalan anggota Parlimen Bukit Mertajam itu adalah kutipan levi tahun pertama pekerja asing yang telah diluluskan dari tahun 2010 hingga 2015 sahaja.

Jumlah kutipan levi yang diberikan ialah 2010 (RM461 juta), 2011 (RM348 juta), 2012 (RM799 juta), 2013 (RM446 juta), 2014 (RM734 juta) dan 2015 (RM254 juta), katanya.

“Hasil levi yang dikemukakan tidak merangkumi jumlah kutipan levi daripada pembaharuan permit pekerja asing yang telah bekerja dan telah berada di dalam negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori