Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Pengubahan Wang Haram: Pemilik...

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik syarikat tekstil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Dasar Pandang Ke Timur:...

TOKYO - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia akan meneruskan Dasar Pandang ke...

104,980 Syarikat Daftar GST...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang mendaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (GST)...

Sultan Selangor Hadiri Rumah...

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri...

Semakin Kurus, Awie Nafi Gosip Terkena Ilmu Hitam

DALAM keadaan kemelut rumah tangga yang masih belum selesai, Awie, 48; atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman dikatakan terkena ilmu hitam ekoran susuk tubuhnya yang kelihatan kurus.

Awie yang juga vokalis kumpulan rock terkenal Wings kelihatan sedikit kurus dari biasa meskipun raut wajahnya masih tergambar kegembiraan.

Mengulas perkara ini, Awie menepis dakwaan mengatakan beliau terkena ilmu hitam seperti didakwa banyak pihak dan menjelaskan bahawa kemerosotan susuk tubuhnya itu adalah kehendak dirinya sendiri.

Punca beliau kurus juga adalah kerana terlalu memikirkan hal rumah tangga yang belum selesai.

“Saya kurus atas kemahuan sendiri. Bukan kerana sakit atau terkena ilmu hitam dan kalau boleh saya tidak mahu bercakap perkara itu. Sebelum ini saya tak menjaga makan, jadi kelihatan berisi. Sekarang saya kurangkan makanan berkarbohidrat.

“Saya perlu kuat untuk berdepan semua itu. Boleh dikatakan ke mana saja saya pergi, orang sekeliling pasti bertanyakan perkara ini.

“Kalau diikutkan orang lain pasti malu, tetapi saya tidak. Jika malu tentu saja saya tidak berada di khalayak ramai sebaliknya berkurung di rumah,” katanya kepada Harian Metro.

Awie yang juga pelakon filem Dollah Superstar mengatakan sikap bekas isterinya yang suka mencanang keburukannya juga sedikit sebanyak membantu mempromosikan dirinya.

Tambahnya, dia baru sahaja selesai pementasan teater Bikers Kental di Istana Budaya dan selepas ini akan kembali menjalani pembikinan filem Bikers Kental 2 pada 16 Mac ini.


Awie turut meluahkan keterujaannya melakukan sendiri aksi lasak kerana baginya kepuasan akan lebih dirasai.

Awie yang sinonim dengan imej motor berkuasa besar berkata, kecederaan yang dialami oleh penunggang motor berkuasa tinggi dalam menjayakan sesuatu babak atau aksi adalah perkara biasa.

“Sebab itu saya teruja untuk terbabit sekali lagi dalam filem ini kerana Bikers Kental 2 mempunyai mesej yang baik dan mampu jadi teladan kepada orang ramai,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=sDF-_HDJ1-E]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori