• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Darat Buat Penjajaran Pembelian Aset – Panglima

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Tentera Darat akan mengoptimum perbelanjaannya khusus berhubung pembelian aset ekoran situasi ekonomi global yang mencabar dan perlu membuat penjajaran semula, kata Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

“Penjajaran semula ini bermakna kita perlu membuat pelarasan. Sebagai contoh kalau aset itu sepatutnya dibekalkan dalam waktu dua tahun, kini kita jadikannya tiga tahun.

“Ini adalah kreativiti yang perlu ada dalam menguruskan peruntukan yang terbatas,” katanya kepada pemberita pada majlis perbarisan sempena Hari Tentera Darat Ke-83 di padang kawat Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Panglima, Lt Jen Datuk Ahmad Hasbullah Mohamad Nawawi, Panglima Medan Barat, Lt Jen Datuk Sri Zulkiple Kassim dan Panglima Medan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar.

Beliau berkata kerajaan menyokong program yang dirancang tentera darat dan beliau yakin apa yang dirancang itu akan menjadi kenyataan sepenuhnya.

“Saya nyatakan di sini bahawa gagasan yang dibawa oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mengukuhkan pertahanan di Sabah dan Sarawak. Itu adalah salah satu daripada yang kita beri tumpuan supaya keselamatan di sekitar kedua-dua negeri itu terpelihara.

“Itu saya katakan wujudnya regimen baharu dan briged baharu. Itu adalah gagasan dan hasil gagasan tersebut kita terjemahkan menjadikan ia satu realiti,” kata Raja Mohamed Affandi.

Beliau juga berkata tentera darat telah merancang perlunya kesinambungan kepada pelan strategik ‘Army 2 10 Plus 10’ kerana ia akan sampai kemuncak empat tahun lagi.

Dengan itu, katanya tentera darat mewujudkan satu pelan sebagai kesinambungan yang dikenali sebagai ‘Army for Next Generation’ atau ‘Army 4nextG’.

“Sebuah jawatankuasa telah kita khususkan untuk menghasilkan dokumen ‘Army 4nextG’ dan akan kita realisasikan tidak berapa lama lagi,” katanya.

Acara perbarisan Hari Tentera Darat merupakan tradisi rejimental ketenteraan sejak tertubuhnya tentera darat pada 1 Mac 1933.

Perbarisan kali ini yang diketuai Panglima Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mej Jen Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik terdiri daripada 18 detesmen dari semua kor tentera darat termasuk Trup Gerak Khas dan anggota Briged Para iaitu seramai 157 pegawai dan 3,425 anggota lain-lain pangkat.

Pada perbarisan ini Raja Mohamed Affandi turut menyampaikan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) kepada 10 orang anggota lain-lain pangkat, manakala lapan anggota lain-lain pangkat dan tiga kakitangan awam menerima Sijil Kepujian Ketua Perkhidmatan.

Sementara itu Formasi 3 Divisyen yang diumumkan sebagai johan Anugerah Kesiagaan Tempur Formasi Panglima Angkatan Tentera 2015 menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, sijil dan plak.

Manakala Formasi 1 Divisyen dan Formasi 1 Briged yang muncul naib johan dan tempat ketiga, masing-masing menerima RM3,000 dan RM1,000 serta sijil dan plak. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]vtvwI9EMjpg[/wpdevart_youtube]

Tags: Tentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd