• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telan 5 Kilogram Durian Kerana Tak Mahu Rugi

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang wanita di China sanggup memakan lima kilogram durian dalam masa beberapa minit selepas dilarang membawa buah berkenaan ke dalam sebuah kereta api.

Wanita tempatan itu mulanya ditahan oleh pegawai keselamatan di sebuah stesen kereta api di wilayah Anhui selepas mereka terhidu bau ganjil yang amat kuat dari bagasinya.

Selepas memeriksa, mereka menemui durian itu dan memberitahu wanita terbabit, dia sebenarnya tidak dibenarkan membawanya menaiki kereta api berkenaan.

Kerana tidak mahu menanggung kerugian dan waktu berlepas sudah hampir, wanita tersebut membuka buah itu dan memakan hampir lima kilogram isinya dengan rakus, sehingga hidungnya berdarah.

Kejadian itu antara kes terbaharu yang membabitkan penumpang kereta api bertindak nekad serta-merta dalam pertelagahan dengan pihak berkuasa keselamatan stesen kereta api.

Pada bulan lalu, seorang pekerja menyembelih dua ekor ayam di sebuah stesen selepas dilarang membawa haiwan itu daripada menaiki kereta api. – Agensi/myMetro Online

Tags: ChinaDURIAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd