• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teksi Jakarta Mengamuk Protes Teksi Grab, Uber

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Beratus-ratus pemandu teksi membakar tayar dan menghalang lalu lintas di Jakarta semalam selepas tunjuk perasaan bagi membantah perkhidmatan aplikasi teksi dalam talian bertukar menjadi ganas.

Rusuhan juga bertambah buruk apabila penunjuk perasaan menyerang pemandu dan penunggang motosikal yang bekerja dengan syarikat perkhidmatan pengangkutan dalam talian berkenaan.

Kumpulan yang disertai pemandu teksi dari syarikat Blue Bird dan Express Transindo Utama mendesak kerajaan mengharamkan perkhidmatan teksi dalam talian seperti Grab dan Uber.

Perkhidmatan aplikasi teksi dalam talian termasuk teksi motosikal seperti Go-Jek yang lebih murah tambangnya menyebabkan pendapatan teksi konvensional di Jakarta terjejas teruk.

“Ketika ini hanya ada perkhidmatan teksi yang dibenarkan kerajaan dan perkhidmatan teksi secara haram.

“Kami bukannya tidak mampu bersaing dengan Uber atau Grab tetapi kami mahu mereka mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan,” ,” kata pemandu teksi Express, Mat Ali, 54, ketika berarak menuju ke Parlimen.

Menteri Pengangkutan, Ignasius Jonan berkata, syarikat seperti Uber beroperasi secara haram melainkan mereka mendaftar sebagai pembekal pengangkutan awam dan tertakluk kepada syarat yang sama seperti teksi biasa.

Bagaimanapun, Kementerian Komunikasi Indonesia yang memantau pembekal aplikasi memberitahu, syarikat itu boleh terus beroperasi.

Kesesakan jalan raya di Jakarta akibat tunjuk perasaan berkenaan menyebabkan ramai penduduk menggunakan media sosial untuk menyatakan kemarahan mereka.

Seorang pegawai Blue Bird, Noni Purnomo berkata, syarikat itu menawarkan perkhidmatan teksi secara percuma selama 24 jam bagi menggantikan perjalanan pelanggan yang tergendala.

“Kami tidak bersetuju atau menyokong tindakan ganas seperti ini,” katanya.

Namun, ramai penduduk di Jakarta menolak tawaran itu di sosial media dengan menggunakan hashtag #NoThanksBluebird. – Reuters/myMetro Online

Tags: IndonesiaTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd