• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tandas Awam Terbuka Untuk Lelaki Berjiwa Terbuka

oleh
11/03/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Apakah anda akan berani menggunakan tandas seperti ini, yang merupakan tandas awam terbuka? Sebenarnya inilah tandas awam untuk lelaki di tempat awam yang hanya menutup bahagian pinggang sahaja!

Lapan tandas awam terbaharu ini dilaporkan sudah pun digunakan di Chongqing, sebuah bandar raya di barat daya China dan ia menerima lebih 14,000 komen daripada orang ramai menerusi media sosial tempatan.

Demikian pendedahan menurut laporan disiarkan laman berita tempatan terkenal Youth.cn seperti yang dipetik oleh akhbar ternama Hong Kong, South China Morning Post milik firma Alibaba.com pada Khamis

Tandas tersebut cukup mengejutkan pelbagai pihak dengan reka bentuknya yang sengaja dibuat agak terbuka, tanpa dinding mahupun bumbung sekali gus lebih mesra alam kerana cukup sinaran matahari dan angin!

Uniknya, ia dibina terletak bersebelahan sahaja dengan sebuah taman permainan kanak-kanak, di pusat bandar Chongqing yang dihuni 30 juta penduduk dan sememangnya terkenal dengan pelbagai bentuk tandas yang pelik.

tandas1

tandas3

Tandas konsep terbuka berkenaan hanya mempunyai sebuah pintu kecil untuk menutupi bahagian pinggang yang tentunya akan terdedah sedikit apabila pengguna sedang membuang air kecil tanpa memalukan si lelaki tersebut.

Video di bawah ini menunjukkan beberapa orang lelaki yang menggunakan tandas terbuka itu. New China TV juga melaporkan bahawa seorang tukang bersih ditugaskan untuk membersihkan lantai tandas sekerap mungkin.

Beberapa orang wanita yang secara kebetulan berjalan di kawasan berdekatan tandas terbuka berkenaan juga kelihatan tersipu-sipu malu dan mereka segera beredar dari kawasan tersebut, menurut laporan Youth.cn.

Meskipun begitu, laporan portal berkenaan tidak pula menyatakan sama ada pihak berkuasa bandar raya berkenaan ada menerima sebarang aduan tentang keadaan keterbukaan seni bina tandas-tandas tersebut.

Sebenarnya tujuan asal pembinaan tandas sebegini untuk mendidik golongan lelaki dewasa yang dikatakan gemar buang hajat mereka merata-rata tempat sehingga menyebabkan banyak kawasan awam berbau hancing kencing.

Apa yang pasti, anda tidak akan menyaksikan tandas pelik seperti ini di Malaysia ataupun Singapura, Brunei waima Indonesia yang masih lagi dibuat dalam suasana sopan tertutup. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Chinatandas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd