• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanam Lebih Banyak Pokok Untuk Kurangkan Kesan Cuaca Panas

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai perlu mengambil inisiatif untuk menanam lebih banyak pokok bagi mengurangkan kesan cuaca panas dan kering yang melanda negara kini.

Pengerusi Landskap Malaysia Tun Jeanne Abdullah berkata penanaman pokok-pokok baharu dapat membantu menyerap karbon dioksida dari udara yang akhirnya mengurangkan kesan gas rumah hijau.

“Walaupun fotosintesis kelihatan seperti proses yang mudah tetapi ia proses yang penting, pokok dan hutan boleh mempengaruhi iklim, seterusnya memberi kesan kepada cuaca.

“Perubahan iklim bukan hanya satu isu penting buat kita, tetapi juga untuk generasi masa hadapan yang akan mewarisi planet indah ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penanaman pokok oleh Mitsubishi Corporation dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini Sabtu.

Lebih 400 peserta dari Mitsubishi, kakitangan dan pelajar UPM terlibat dalam majlis penanaman pokok yang bertujuan menunjukkan komitmen dalam memulihkan kemusnahan hutan hujan tropika.

Sebanyak 5,000 benih mewakili 20 spesies yang tersenarai dalam Senarai Merah (hampir terancam) Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN), ditanam pada majlis itu.

Terdahulu ketika berucap, Jeanne berkata dengan mencipta semula hutan hujan tropika menerusi projek ini, ia juga akan memulihkan fungsi ekologi.

“Menerusi projek ini, kami berharap dapat menarik lebih banyak flora dan fauna untuk memperkayakan kawasan degradasi.

“Mengambil contoh Hutan Simpan Ayer Hitam di Puchong (yang diuruskan oleh UPM), kawasan sekitarnya lebih sejuk dan penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu mendapat manfaat daripada hutan simpan tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: tanam pokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SASET Sasar Tanam 500,000 Pokok Di Pahang

25/11/2017
0

TEMERLOH - Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) menyasarkan untuk menanam 500,000 batang pokok di seluruh Pahang menjelang 2020, dalam...

TNB Sasar Tanam 13,000 Pokok Di 13 Lokasi Tahun Ini

03/01/2016
0

MELAKA, 3 Jan (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasarkan menanam  13,000 pokok di 13 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd