• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suara Lantang Muhyiddin Dianggap Punya Agenda Peribadi

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba-tiba bersuara lantang di luar mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO kini, menimbulkan tanggapan beliau mempunyai agenda peribadi sendiri.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu timbul kerana Muhyiddin sebelum ini, tidak banyak bersuara dalam mesyuarat MT UMNO, jauh sekali bersikap lantang.

“Saya menjadi ahli MT lebih 25 tahun lalu dan memang Muhyiddin bukanlah seorang yang banyak bersuara dalam MT. Ini jauh berbeza daripada apa yang beliau cuba gambarkan sekarang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata sebab itulah ramai kalangan sahabat harian kerana Muhyiddin tiba-tiba bersuara lantang termasuk mengungkit isu yang beliau sendiri tidak pernah bawa dalam mesyuarat MT secara terus terang.

“…dan inilah menyebabkan beliau ditolak oleh hampir semua ahli MT, dan bahagian-bahagian UMNO,” katanya.

Annuar berkata tindakan Muhyiddin menyatakan beliau menegur dengan ikhlas adalah tidak mencukupi,’tetapi keikhlasan itu harus ternampak jelas dan mesti bersulamkan kebijaksanaan, hikmat dan hasanah.’

“Tindakan yang jelas mengikut rentak musuh dan nyata membawa keburukan sudah tentu bakal ditolak oleh jutaan ahli UMNO lain yang ikhlas ingin melihat parti ini tidak menjadi mangsa musuh yang ingin memporak-porandakan (UMNO),” katanya.

Beliau berkata kesilapan percaturan Muhyiddin telah membawa padah kepada dirinya sendiri, apabila cara beliau itu ditolak sama sekali oleh saf kepimpinan UMNO semua peringkat.

“Bagi kita tidak sukar untuk memahami cara yang dipilih Muhyiddin sebelum ini.Nilailah semula sementara peluang masih ada. Usah memilih untuk tidak membantu presiden.

“Jangan didorong keyakinan (Presiden UMNO dan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak mahu dijatuhkan, dan dengan itu beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pilihannya sendiri,” katanya.

Annuar berkata sebagai anggota UMNO, Muhyiddin kini mempunyai hak seperti mana termaktub dalam Perlembagaan UMNO, dan beliau percaya bekas timbalan perdana menteri itu akan mengunakan hak tersebut sepenuhnya.

“Namun harus diingat, bersama hak sebagai ahli datangnya tanggungjawab ahli pada parti dan hak parti itu sendiri terhadap ahli termasuk tataetika dan disiplin yang wajib dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata adalah penting bagi MT memastikan perkara itu dikuatkuasakan tanpa memilih pangkat dan kedudukan seperti Muhyiddin sendiri telah lakukan berkali-kali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan.

Annuar berkata sesiapa sahaja yang memilih menjadi anggota UMNO wajib mematuhi keputusan parti, ‘bersatu dalam parti, bersetia dengan pimpinan dan berkhidmat kepada agama, bangsa dan tanah air dengan jujur dan ikhlas, percaya dengan qada dan qadar Allah SWT.” – BERNAMA

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd