• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Sasar 70 Peratus Sokongan Masyarakat Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyasarkan peningkatan peratusan sokongan daripada masyarakat kepada 70 peratus menjelang akhir tahun ini berbanding 68 peratus tahun lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Profesionalisme SPRM Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah berkata persepsi masyarakat terhadap SPRM setiap tahun semakin meningkat dan ia jelas dapat dilihat melalui kajian dalaman SPRM yang dijalankan setiap tahun.

“Hasil kajian tahun lepas mendapati sebanyak 68 peratus sokongan diberikan oleh masyarakat terhadap SPRM dan bagi tahun ini, kita ingin meningkatkan sokongan mereka sebanyak dua peratus lagi.

“SPRM sentiasa menjalankan tugas dengan telus dan penuh keadilan dalam menangani isu rasuah. Kita tidak akan membiarkan mana-mana pihak menghalang SPRM daripada menjalankan siasatan kerana masyarakat ingin mengetahui perkara yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di sini Sabtu.

Program itu dirasmikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Mohd Jamidan berkata masyarakat boleh membantu SPRM dengan menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui berlakunya gejala rasuah supaya suruhanjaya itu dapat menjalankan siasatan dengan telus dan adil.

“Kalau cukup maklumat, kita akan terus jalankan siasatan kerana itu kerja SPRM, jadi tidak timbul isu SPRM tidak menjalankan tugas. Sehingga kini, kita mempunyai lebih 2,000 pegawai yang telah dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran untuk menjalankan kerja siasatan,” katanya.

Terdahulu, seramai 41 Pegawai Kadet Penguasa Gred P41 dan 47, Pegawai Kadet Penolong Penguasa Gred P29 tamat menjalani Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 18 dan 19 yang wajib dilalui setiap pegawai SPRM untuk lantikan baru.

“Kita harap semua pegawai yang telah tamat kursus hari ini akan menempuh cabaran sebagai pegawai SPRM dengan baik selain memberi perkhidmatan terbaik bagi meyakinkan masyarakat terhadap SPRM,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cari Titik Persamaan Perkasakan Lagi Perpaduan Kaum

Next Post

AEON Mall Kota Bharu Mula Operasi Akhir April Ini

Related Posts

Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM

Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM

20/06/2025
0

Kuala Lumpur: Individu yang melaporkan secara terus sebarang maklumat salah laku kepada agensi penguat kuasa serta memenuhi kriteria dan syarat...

Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta

Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita barangan mewah bernilai kira-kira RM16 juta, termasuk jongkong emas, berlian dan alatan...

Next Post

AEON Mall Kota Bharu Mula Operasi Akhir April Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd