• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Tubuh Sekretariat Khas, Beri Penerangan Proses Pilihan Raya

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menubuhkan sekretariat khas yang memberi penerangan kepada rakyat mengenai proses pilihan raya bagi mengubah persepsi negatif terhadap badan bebas itu.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata masih ramai pengundi yang tidak memahami sepenuhnya proses pilihan raya sehingga menyebabkan mereka mudah mempercayai fitnah dan tuduhan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab terhadap SPR.

Bagi tujuan itu, katanya, bekas warga SPR yang berpengalaman serta memahami undang-undang dan peraturan pilihan raya akan dipanggil semula untuk menyertai sekretariat itu untuk memberi latihan dan menjalankan kempen kesedaran.

“SPR juga akan mendapatkan kerjasama institut-institut latihan dan kemahiran belia dengan mendapatkan satu slot dalam kursus mereka untuk memberi pendedahan tentang kaedah pilihan raya,” katanya selepas majlis perasmian Menara SPR oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di sini hari ini.

Bangunan 10 tingkat yang dibina dengan kos RM126.7 juta itu mula digunakan SPR pada 14 Feb lepas.

Sejak ditubuhkan pada 1957, SPR telah ditempatkan di lima lokasi sebelum ini iaitu di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur; Bangunan Yayasan Selangor, Kuala Lumpur; Bangunan Tong Ah, Kuala Lumpur; Menara Bank Pembangunan, Kuala Lumpur; dan Kompleks C, di sini.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada April ini, beliau berkata SPR sudah 90 peratus bersedia bagi melaksanakan PRN itu.

Katanya, beliau juga telah bertemu dengan semua pihak yang akan terlibat secara langsung dalam PRN itu termasuk parti politik, pihak berkuasa, petugas media serta 21,000 petugas pilihan raya.

“Saya memaklumkan kepada parti politik supaya mereka memberi kerjasama kepada SPR dan memaklumkan kepada petugas mereka tentang kaedah perjalanan pilihan raya supaya mereka faham,” katanya.

Ditanya sama ada beliau sudah dimaklumkan mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, beliau berkata: “Saya pun tidak tahu, apabila dewan bubar dan Speaker maklumkan kepada kami, maka kami akan masuk untuk jalankan pilhan raya.” – BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd