Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Dua Suspek Charlie Hebdo...

WASHINGTON - Dua beradik yang dinamakan pihak berkuasa Perancis sebagai suspek utama serangan...

Jamil Khir Fail Saman...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Lapan Mati Dalam Amuk...

PRAGUE- Seorang lelaki kurang siuman menyerbu masuk sebuah restoran di timur Czech dan...

Layakkah Adik Guan Eng...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying yang juga...

SKMM Siasat 16 Kes Penyalahgunaan Media Sosial Sejak Januari Lepas

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 kes penyalahgunaan media sosial disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak penubuhan Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial pada Januari lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata beberapa laman sesawang juga telah disekat berikutan penyebaran fitnah dan propaganda jahat yang digelar sebagai Keganasan Persepsi di media sosial.

Beliau berkata penyebaran fitnah dan propaganda jahat adalah satu bentuk aktiviti keganasan baharu yang boleh mendatangkan ancaman dan kesan yang lebih berbahaya berbanding aktiviti keganasan yang bersifat fizikal.

“Keganasan Persepsi ini bertujuan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan masyarakat, menggugat kestabilan politik dan ekonomi seterusnya meruntuhkan keyakinan rakyat terhadap barisan kepimpinan negara,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, Rabu.

Jailani berkata KKMM bersama Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan SKMM sentiasa memainkan peranan dalam menangani keganasan persepsi itu melalui pelbagai cara termasuk program advokasi dan tindakan undang-undang.


Dalam perkembangan lain, Jailani berkata KKMM sedia membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKBPKT) untuk membanteras kegiatan peminjam wang haram atau ‘along’ dengan mengesan identiti peminjam wang haram yang terlibat.

“KKMM boleh membantu mengesan nama dan identiti ‘along’ melalui nombor telefon yang diiklankan tetapi hal lain yang berkaitan pemberian lesen dan iklan mereka adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori