Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ketua Masyarakat Perlu Bantu...

KUCHING - Ketua masyarakat perlu bantu menyampaikan agenda kerajaan kepada akar umbi bagi...

Lawatan Penjara Sempena Aidilfitri...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara Malaysia menetapkan 27 dan 28 Jun ini sebagai...

Kes Demam Campak Di...

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengesahkan berlaku peningkatan kes demam campak di...

Zahid Dakwa Jadi Sasaran...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beliau...

Setiausaha PAN Berang Dengan Kedutaan Indonesia

KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat berang kerana terpaksa menunggu lama di kedutaan Indonesia sewaktu mahu menguruskan pasport pembantu rumahnya hari ini.

Beliau dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya menyifatkan pentadbiran kedutaan Indonesia sangat menyusahkan kerana menyebabkan beliau terpaksa menunggu selama beberapa jam.

“Nak perbaharui pasport pembantu rumah saya di kedutaan Indonesia. Terpaksa beratur ambil nombor sejak pukul 6 pagi.

“Kemudian proses seterusnya pada waktu pejabat. Sangat menyiksakan. Peliknya masih ada lagi pentadbiran seumpama ini zaman global begini,” katanya.

Penyokong PAN yang sangat prihatin terhadap `kesengsaraan’ dialami Suhaizan sewaktu mahu berurusan dengan Kedutaan Malaysia menyalahkan kerajaan Malaysia.

Pemilik akaun Facebook Mohamad Halim Cfc berkata, “Rakyat biasa dah masak dengan mende ni semua…wakil rakyat apa yang dorang tau.”


Seorang lagi pengguna Facebook Zuhawaribinyazid Wary berkata, “Sebab tu kena tukar kerajaan.”

Pemilik akaun Facebook Sham Sam pula memberi komen, “seperti sistem 20 tahun dulu..”

Seorang pemilik akaun Facabook bagaimanapun mempersoalkan bukankah urusan di Kedutaan Indonesia merupakan tanggungjawab konsulat negara itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori