• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serpihan Di Mozambique Hampir Pasti Milik MH370

oleh Ahmad Albab
25/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Australia mengesahkan serpihan yang ditemukan di Mozambique kemungkinan besar milik pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester dalam kenyataan berkata Pasukan Penyiasatan Malaysia bagi MH370 mendapati kedua-dua keping serpihan itu adalah konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines.

Beliau berkata pemeriksaan serpihan itu telah selesai.

“Analisis itu memutuskan serpihan itu adalah hampir pasti daripada MH370.

“Serpihan itu ditemukan di persisiran pantai timur Afrika adalah konsisten dengan hasil siasatan pemodelan hanyutan CSIRO (Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel) dan seterusnya mengesahkan usaha pencarian kami di selatan Lautan Hindi,” katanya dalam kenyataan, yang dimuat naik di miniter.infrastructure.gov.au.

Chester juga mengiktiraf tugasan itu yang dikendalikan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Geosains Australia, Boeing dan Australian National University yang dibantu Pasukan Penyiasatan Malaysia melakukan pemeriksaan ke atas serpihan itu.

Beliau berkata pencarian pesawat malang itu diteruskan dan seluas 25,000 kilometer persegi kawasan pencarian di bawah dasar akan diperiksa.

“Kami memberi tumpuan untuk menyiapkan tugas ini dan tetap berharap pesawat itu akan ditemui,” katanya.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang daripada radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pada masa ini, operasi mencari pesawat itu dijalankan di selatan Lautan Hindi, lokasi di mana ia dipercayai berakhir. – BERNAMA

Tags: AustraliaMH370
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar UITM Mati Lemas Di Segari

Next Post

Pelakon Buka Tudung, Bukan Salah Mereka Sepenuhnya – Mia Sara

Related Posts

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

Next Post

Pelakon Buka Tudung, Bukan Salah Mereka Sepenuhnya - Mia Sara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd