• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar UITM Mati Lemas Di Segari

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, dekat sini mati lemas selepas dipukul ombak besar ketika mandi di Pantai Teluk Senangin, Segari, di sini Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Muhammad Azizi Syahmi Samsuddin, 21, sedang berkelah di pantai berkenaan bersama 30 lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Seri Manjung.

“Ketika kejadian mangsa bersama empat lagi rakannya sedang mandi sebelum mereka dipukul ombak besar sehingga terkapai-kapai dalam air.

“Beberapa rakan lain cuba menyelamatkan mereka, malangnya seorang daripadanya gagal diselamatkan dan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Zailan berkata semua pelajar yang selamat dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut, manakala mayat Muhammad Azizi Syahmi dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: mati lemaspelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd