• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Papan Iklan Anwar: Selangor Belum Terima Surat Rasmi

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor belum menerima sebarang surat rasmi daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar yang meminta supaya papan iklan #BebasAnwar di negeri ini diturunkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya akan menunggu surat rasmi berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

“Saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu… sekiranya kenyataan itu keluar menerusi Twitternya, macam mana kita nak berurusan dengan Twitter,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri di sini, hari ini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khalid menerusi Twitternya semalam yang meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor supaya menurunkan papan iklan #BebasAnwar kerana memaparkan unsur-unsur hasutan.

Khalid berkata papan iklan itu turut mengelirukan rakyat kerana merujuk Anwar sebagai ‘Tahanan Politik’.

Papan iklan #BebasAnwar itu dikesan di 20 lokasi di Selangor termasuk di Subang dan Rawang. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd