• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah, Universiti Perlu Perbanyak Program Perpaduan

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Lebih banyak program perpaduan perlu dilaksanakan di peringkat sekolah dan universiti bagi mengukuhkan hubungan antara kaum di negara ini,” kata Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata pelajar perlu didedahkan dengan program perpaduan bermula di peringkat sekolah rendah.

“Kalau dulu masa di sekolah kita ada motto seperti ‘We play together, we eat together and we learn together’ tapi sekarang sudah tidak ada lagi,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra Budi Asas Tamadun bersama warga polis Ampang Jaya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini hari ini.

Selain sukan, katanya perpaduan juga boleh dipupuk melalui pertandingan dan gubahan lagu.

Ditanya sama ada tahap perpaduan di negara ini semakin menurun, beliau berkata: “Saya setuju dan tanda penurunan ini sudah dapat kita lihat dan ini tidak harus dibiarkan.”

Rais berkata semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi menangani perkara itu.

“Mungkin jabatan perpaduan sahaja tidak cukup, ini mesti muncul dari sistem kita berpolitik dan sistem pendidikan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias. Terdahulu, Rais menyampaikan sumbangan kecemerlangan akademik kepada anak-anak polis yang cemerlang di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Pentaksiran Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Setiap pelajar menerima sumbangan wang tunai dan sebuah komputer riba. – BERNAMA

Tags: Rais Yatim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang...

Agenda Transformasi Parlimen Dibawa Kepada PM 2 November

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Agenda Transformasi Parlimen akan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 November ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd