• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sederet Rumah Kedai Musnah Terbakar Di Kota Bharu

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sederet rumah kedai di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin berkata rumah kedai separuh papan enam pintu itu dimiliki tiga peniaga iaitu premis menjual barangan elektrik, aksesori kenderaan dan barangan aluminium.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pukul 8 pagi itu, dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Zaini berkata sebanyak 49 anggota bersama-sama sembilan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Pengkalan Chepa, Pasir Tumboh, Tunjong, Kota Darulnaim dan Rantau Panjang, mengambil masa lebih sejam untuk mengawal dan memadam kebakaran daripada merebak ke bangunan bersebelahan.

Beliau berkata kesemua pemilik premis tersebut tidak dapat menyelamat barangan masing-masing kerana api merebak terlalu cepat berikutan bangunan separuh papan.

Sementara itu, pemilik kedai barangan aluminium, Shafinaz Wong, 33, berkata dia menyedari kebakaran itu apabila terdengar bunyi letupan ketika sedang menidurkan anaknya.

“Rumah kedai ini merupakan tempat tinggal sementara kami sekeluarga kerana rumah kami masih di dalam pembinaan,” katanya.

Turut hadir di lokasi kebakaran ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman dan timbalannya Anwar Abu Bakar. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd