• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanggup Jual Bayi Semata-Mata Nak Beli iPhone Baharu

oleh AK-47
11/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG bapa dari China tergamak menjual bayinya sendiri yang baharu berusia 18 hari demi membeli sebuah telefon pintar iPhone yang baharu di pasaran.

Akibat daripada perbuatan tidak bertangggungjawabnya itu, lelaki tersebut dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun manakala isterinya akan menghabiskan masa selama dua setengah tahun dalam tahanan.

Lelaki tersebut menggunakan media sosial menghebahkan mengenai ‘urus niaga’ jual beli anaknya dengan menawarkan sebanyak 23,000 yuan (RM14,600) untuk membeli iPhone dan sebuah motosikal berkuasa besar.

Tertuduh yang dikenali sebagai A Duan itu kemudian berjaya memperoleh pembeli selepas beberapa hari mengiklankan ‘produknya’ itu menerusi laman sosial tempatan.

Ibu bayi tersebut, Xiao Mei yang melakukan beberapa pekerjaan sampingan walau bagaimanapun bersetuju dengan tindakan gila suaminya yang mahu menjual anak mereka.

“Saya sendiri merupakan anak angkat dan ramai penduduk di kampung saya memberi anak mereka kepada orang luar untuk dibesarkan. Saya tidak tahu perbuatan kami (jual bayi) adalah salah,” kata Xiao Mei.

Pembeli itu yang tidak didedahkan identiti, dikatakan membeli bayi tersebut untuk diberikan pula kepada kakaknya.

Bayi itu kini masih berada di bawah jagaan pembelinya, namun pihak berkuasa akan menentukan siapa yang berhak menjaga kanak-kanak itu mengikut undang-undang China. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bayiChinaiPhone
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd