• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Dr Mahathir Terhadap Najib Hanyalah Agenda Politik

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tindakan guaman yang difailkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah kesinambungan agenda politik untuk menggulingkan perdana menteri, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

“Bagi parti dan kerajaan, kami menyokong penuh perdana menteri dan kami berpandangan bahawa ia (tindakan guaman) adalah perlanjutan agenda politik untuk menggulingkan perdana menteri,” kata Khairy kepada pemberita pada Program Kesedaran Disleksia Melalui Sukaneka di Padang Kelab Kilat TNB, di sini hari ini.

Rabu lepas (23 Mac) Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri, bekas Naib Ketua UMNO bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dan bekas anggota UMNO bahagian Langkawi Anina Saadudin memfailkan saman terhadap Najib berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad.

Sementara itu Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata Mesyuarat Jemaah Menteri semalam (25 Mac) juga diberi penjelasan berkenaan kes pegawai kementeriannya yang terbabit dalam penyelewengan dana kementerian itu yang bernilai RM107 juta.

Katanya, beliau juga memaklumkan kepada jemaah menteri bahawa kes tersebut kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain itu, siasatan terhadap kes itu juga dilakukan satu pasukan bebas yang bertugas di bawah Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Audit Negara, katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata terpulang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menimbangkan untuk mengambil cuti sementara pihak berkuasa menyiasat kes pembelian banglo oleh beliau.

“Saya fikir gesaan ini telahpun dibuat oleh banyak pihak dan terserahlah kepada beliau,” katanya.

Pembelian banglo di Jalan Pinhorn di Pulau Pinang oleh Lim dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu di bawah nilai pasaran. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadNajib Tun Razaksaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd