• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM22.5 Juta Tambah Baik Infrastuktur Hospital Balik Pulau

oleh Ahmad Albab
18/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan meluluskan peruntukan RM22.5 juta bagi projek tambah baik infrastruktur Hospital Balik Pulau, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya.

Beliau berkata dana itu bagi tujuan meningkatkan infrastruktur di bahagian kecemasan, makmal patologi dan forensik .

“Hospital ini merupakan yang kedua tertua selepas Hospital Pulau Pinang (HPP) dan masih terdapat struktur binaan yang asal seperti kayu dan papan.

“Projek ini dilaksanakan bagi menambah kemudahan sedia ada supaya dapat menampung pesakit yang semakin ramai dengan lebih selesa,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya projek itu juga dilaksanakan bagi memberi persekitaran yang lebih selesa kepada kakitangan hospital.

Dr. Hilmi berkata dengan penambahbaikan kemudahan di hospital itu juga, pesakit di Balik Pulau tidak perlu lagi ke HPP bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, mengenai cuaca panas dan kering dialami negara ketika ini susulan fenomena El Nino, beliau berkata keadaan masih terkawal dan belum mempunyai rekod ‘strok haba’ seperti di luar negara.

“Bagaimanapun, rakyat diminta berjaga-jaga dengan kurangkan aktiviti di luar terutamanya pada waktu tengah hari,” katanya.

Beliau berkata rakyat juga digalakkan minum lebih air kosong dan sentiasa membawa sebotol air kosong ke mana saja bagi mengelakkan dehidrasi. – BERNAMA

Tags: Hilmi Yahayahospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd