• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Jumpa Serpihan Kemungkinan Daripada MH370

oleh Ahmad Albab
22/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang remaja Afrika Selatan menjumpai satu serpihan yang mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines MH370, yang hilang dua tahun lepas, lapor agensi berita antarabangsa, Reuters.

Liam Lotter, 18, memberitahu radio East Coast di Afrika Selatan bahawa dia menjumpai serpihan itu di pantai Mozambique ketika bercuti Disember lepas. Keluarganya bawa serpihan itu pulang ke rumah mereka di Afrika Selatan.

Reuters melaporkan bahawa remaja itu berkata, selepas satu serpihan yang disyaki berasal daripada MH370 dijumpai di Mozambique minggu lepas, keluarganya mengaitkan serpihan itu dengan serpihan yang dijumpainya.

Agensi berita itu melaporkan bahawa kepingan logam berwarna putih sepanjang satu meter itu sedang dikaji para pegawai di Australia dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia serta wakil pengeluar pesawat Boeing Co.

Pihak berkuasa Afrika Selatan merancang menyerahkan serpihan yang dijumpai Lotter itu kepada pasukan Australia yang sama.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada skrin radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Setakat ini, satu-satunya serpihan pesawat malang itu yang dijumpai ialah sebahagian daripada sayapnya yang terdampar di pantai Pulau Reunion pada Julai tahun lepas. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd