• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RELA Komited Beri Kerjasama Dengan Polis Di ESSzone

oleh Ahmad Albab
15/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) sentiasa komited bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah dalam usaha menjamin keselamatan di negeri ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Kamariah Mohd Noah.

Beliau berkata pihaknya sering mengadakan perbincangan dari masa ke semasa bagi memantapkan lagi kerjasama kedua-dua pihak bagi memastikan tahap keselamatan di Sabah terus terjamin.

“Semua anggota Rela di kawasan ESSZone telah diarah menjaga kawasan kampung masing-masing dan melapor segera sebarang kejadian luar biasa kepada pihak polis untuk tindakan yang lebih pantas.

“Anggota kita berada di mana-mana dan boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dalam memastikan keamanan dan kedaulatan Sabah terus terjamin,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat 20 Anggota Bersekutu Rela, di sini Isnin malam.

Sementara itu, Kamariah meminta Anggota Bersekutu Rela agar tidak menjadikan pangkat yang diterima untuk popular semata-mata atau disalahguna, namun perlu bertindak aktif dan terus menyumbang kepada masyarakat khasnya dalam aspek keselamatan.

“Anggota Bersekutu Rela juga perlu memastikan keahlian aktif dengan hadir menyertai aktiviti dan berusaha memberi sumbangan tenaga serta idea kerana tahun lepas sahaja terdapat empat anggota yang ditamatkan keahliannya kerana gagal memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Kamariah berkata pada masa ini, terdapat seramai 145 Anggota Bersekutu Rela di Sabah. – BERNAMA

Tags: EsszoneRELA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

39,416 Rumah Mampu Milik Dibina Di W.P Sehingga Feb

Next Post

JPJ Kedah Tahan 6 Lelaki Disyaki Tonto Di Kuala Ketil

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

16/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia diseru memberi peranan dan ruang kepada syarikat keselamatan swasta tempatan untuk menguatkan dan memperkasakan ciri-ciri...

Next Post

JPJ Kedah Tahan 6 Lelaki Disyaki Tonto Di Kuala Ketil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd