Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Keracunan Laksa: KKM Sahkan...

ALOR SETAR - Jumlah kes keracunan makanan (KRM) yang dipercayai berpunca daripada memakan...

Tentera Indonesia Temui Kargo...

Kapal Hercules milik  Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) sebentar tadi berjaya...

Adik Tiri Schumacher Terselamat...

ADIK tiri lagenda Formula One (F1), Michael Schumacher, Sebastian Stahl terselamat daripada maut...

Video: Comel Bila Ibu...

RUNNING MAN merupakan rancangan realiti popular berbentuk candawara terbitan stesen TV Korea Selatan SBS, yang...

Projek Sakit Di Sarawak Akan Siap Hujung Bulan Ini

KUCHING – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memberi jaminan bahawa projek-projek pembangunan dan infrastruktur yang tergendala di negeri ini akan disiapkan menjelang akhir bulan ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebanyakan ‘projek sakit’ (projek tergendala) itu adalah projek jalan raya serta bekalan elektrik dan air luar bandar.

Beliau berkata antara faktor penyebab projek tersebut tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual adalah masalah untuk mendapatkan tapak projek.

“Saya telah berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan memberi jaminan projek-projek sakit ini akan disiapkan pelaksanaannya menjelang akhir Mac ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian peringkat Negeri Sarawak tahun 2015 di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata sebuah jawatankuasa petugas telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh ketua setiausaha kementerian bagi tujuan pemantauan pelaksanaan projek bagi memastikan ia siap menjelang akhir Mac ini.

Beliau berkata sejak dari tahun 2010 sehingga kini terdapat 92 projek sakit di Sarawak.

Ismail Sabri berkata 26 peratus daripada peruntukan pembangunan berjumlah RM5.4 bilion tahun ini diperuntukkan kepada Sarawak memandangkan masih banyak kemudahan untuk penduduk luar bandar di negeri ini perlu dilaksanakan.


Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata peruntukan yang besar yang disediakan kerajaan bagi projek pembangunan untuk rakyat tidak akan membawa apa-apa makna jika prestasi pelaksanaannya tidak memuaskan.

Justeru, katanya, sistem penyampaian harus dititikberatkan agar tidak berlaku projek sakit seperti yang berlaku di negeri ini kerana rakyat mempunyai harapan yang tinggi terhadap kementerian untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan.

Beliau juga menggesa pegawai dan kakitangan agensi terlibat supaya sentiasa turun padang untuk memantau pelaksanaan projek di bawah seliaan masing-masing serta memastikan sistem penyampaian yang sempurna.

Pada majlis itu, seramai 246 kakitangan terdiri daripada 188 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), 41 (Mara) dan 17 (Pihak Berkuasa kemajuan Pekebun kecil Perusahaan Getah (Risda)) menerima anugerah tersebut. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Yi7Nmt5VvMY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori