• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPSJ Bukti Komitmen Kerajaan Negeri Sokong ETP

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Pelan Pertumbuhan Strategik Johor (PPSJ), yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah bukti komitmen padu kerajaan negeri Johor dalam menyokong usaha kerajaan pusat menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) secara lebih berkesan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelaksanaan usaha itu perlu kerana Johor tidak mahu sekadar menjadi pemerhati serta penerima pasif limpahan ekonomi Malaysia.

Namun, Johor mahu menjayakan usaha itu mengikut cara tersendiri, dengan melihat potensi dan kelebihannya serta sumber dan hasil yang terkandung dalam lingkungan Johor.

“Kami percaya setiap dasar kerajaan pusat harus disambut dan diberikan tafsiran yang sesuai dengan kepentingan setempat, dan saya ingin menyakinkan bahawa apa yang kita ingin lakukan di Johor hari ini, bukan sahaja akan menguntungkan Johor bahkan Malaysia secara keseluruhan.

Ini memandangkan Johor yang membangun, progresif dan maju, akan turut sekali menyumbang kepada Malaysia yang progresif, maju dan membangun.

“Oleh itu, pelan ini adalah hadiah tulus Johor untuk Malaysia,” kata Mohamed Khaled ketika berucap pada perasmian pelan itu serta Rancangan Pembangunan Komprehensif II Iskandar Malaysia (CDP II) di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata selain membantu kerajaan pusat menjayakan ETP, PPSJ juga berperanan membongkar potensi sebenar ekonomi Johor, dengan tidak hanya melihat kepada Iskandar Malaysia, Johor Baharu dan Pengerang semata-mata.

Katanya menerusi PPSJ, kerajaan negeri mengariskan beberapa perkara, termasuk setiap daerah dalam Johor perlu dibangunkan potensinya mengikut sektor tersendiri.

Sebagai contoh, Segamat dibangun dengan pertanian, Mersing sebagai kawasan eko-pelancongan, Batu Pahat untuk industri pembuatan mapan serta Johor Baharu sebagai lembah perdagangan antarabangsa.

“Selain itu, kita ingin menumpukan kepada pertumbuhan yang akan menghasikan kesan domino ekonomi menerusi pewujudkan peluang pekerjaan, penyuburan keusahawanan, menambah baik prasarana serta pelaburan untuk peningkatan dalam pembangunan bakat dan kemahiran.

Malah, melalui pertumbuhan, lebih banyak cukai dapat dikutip, sekali gus membolehkan kemudahan awam ditambah baik dan diperbanyakan.

“Semua ini akan menghasilkan kemakmuran dan kesejahteraan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata menerusi PPSJ, kerajaan negeri juga akan mengembalikan ekonomi berasaskan eksport, yang turut memmanfaatkan pelbagai perjanjian dua hala dan pelbagai hala seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

“Jika kita semak kembali kenapa Malaysia begitu berjaya sebagai sebuah negara membangun, jawapannya ialah kerana dasar kita dari awal lagi berorientasikan eksport,” katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas itu berkata pelan ini juga menyasarkan penjanaan kemakmuran bagi setiap peringkat masyarakat, dengan semua orang diberikan ruang serta peluang untuk mengumpul kekayaan dan kemakmuran. – BERNAMA

Tags: JohorKhaled Nordin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda UMNO Perlis Cadang Program Pemutihan Ahli Parti Tak Sehaluan

Next Post

Promosi Tambang AirAsia Kini Kembali Dengan 3 Juta Tempat Duduk

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Johor yang kini muncul sebagai kuasa...

Next Post

Promosi Tambang AirAsia Kini Kembali Dengan 3 Juta Tempat Duduk

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd