Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Enam Tahun Masih Menyusu...

LONDON – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun di sini menjadi kanak-kanak tertua di...

Tenaga Buruh Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Jumlah tenaga buruh di Malaysia kini mencecah 15 juta daripada...

‘Jangan Keluar Fatwa Sebelum...

SIBU - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, Pejabat Mufti Sarawak...

Video Lawak: Nak Bertelur...

SELALUNYA kalau ayam atau itik sedang bertelur, eloklah kita biarkan mereka melakukan proses...

PPM Rampas 7 Kerbau Cuba Diseludup Keluar Dari Tawau

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas tujuh ekor kerbau dipercayai cuba diseludup keluar dari daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohamad Madun berkata kesemua kerbau itu dirampas dalam sebuah kapal kayu semasa pasukan keselamatan berkenaan membuat rondaan di perairan Sungai Tanjung Batu kira-kira 9.30 malam.

“Semasa operasi itu, pasukan peronda terserempak dengan sebuah kapal kayu yang mencurigakan dinaiki dua lelaki berusia 33 dan 42 tahun.

“Pemeriksaan lanjut menemui tujuh ekor kerbau hidup yang diakaui milik salah seorang penumpang kapal berkenaan dan dipercayai cuba dibawa keluar ke Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini,

Mohamad berkata siasatan mendapati pemilik kerbau itu gagal menunjukkan sebarang permit atau dokumen sah untuk membolehkan mereka membawa haiwan tersebut ke negara jiran.


Beliau berkata kedua-dua lelaki dan kerbau itu dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Mohamad berkata pihaknya akan terus komited membanteras sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori