• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Motosikal Langgar Kerbau, Penunggang Maut, Tiga Lagi Cedera

oleh AK-47
13/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Motosikal Langgar Kerbau, Penunggang Maut, Tiga Lagi Cedera
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sekawan kerbau di Jalan Sungai Kroh-Kampung Gajah dekat Air Kuning, dua hari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohamad Haddrie Naim Azmi, 20, yang sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Gajah menuju ke Air Kuning, meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 1.30 pagi akibat kecederaan parah di kepala susulan kemalangan itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, semasa mangsa melalui kawasan gelap bersama tiga rakannya, mereka tidak nampak kelibat sekawan kerbau yang berada jalan raya, mengakibatkan keempat-empat mereka merempuh kawanan haiwan itu.

Beliau berkata, lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan mayat dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, manakala tiga lagi rakannya yang cedera dihantar ke Hospital Kampar untuk rawatan.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Mohd Yusri berkata, masalah haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran di jalan negeri dan persekutuan perlu ditangani demi keselamatan pengguna jalan raya, dan polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemilik haiwan ternakan jika didapati sengaja melepaskan haiwan hingga mengakibatkan kemalangan boleh didakwa di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat awam atau kecuaian berkaitan haiwan malah boleh dihukum penjara enam bulan dan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

-Harian Metro

Tags: kemalangan mautkerbaumotosikal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd