• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bongkar Kegiatan Memproses Serbuk Ketum

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis membongkar sebuah makmal memproses daun ketum dan merampas 2,838 kilogram serbuk ketum bernilai RM238,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Datuk Keramat, di sini semalam.

Serbuk ketum yang diproses di rumah teres dua tingkat yang dipercayai dijadikan makmal memproses bahan itu sejak enam tahun lepas adalah untuk dieksport ke pasaran antarabangsa.

“Seorang lelaki Bangladesh berusia 33 tahun ditahan ketika sedang memproses dan membungkus bahan itu. Lelaki yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah itu kini direman sehingga 22 Mac,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata siasatan awal polis mendapati serbuk ketum itu dibungkus satu kilogram bagi setiap pek untuk dieksport ke beberapa negara antaranya Indonesia, Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

“Serbuk itu dihantar menggunakan perkhidmatan kurier menerusi kapal terbang dengan mengisytiharkannya sebagai herba tradisonal,” katanya.

Abdul Ghafar berkata polis telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam kegiatan itu dan usaha mengesan lelaki yang mempunyai hubungan dengan rangkaian sindiket pengedaran bahan terlarang itu giat dijalankan.

Polis juga sedang mengesan pembekal daun ketum ke makmal itu, katanya.

Beliau berkata serbuan pukul 12.30 tengah hari itu adalah hasil maklumat dan risikan sejak seminggu lepas.

“Kami merampas 1,690kg serbuk ketum yang telah diproses dan siap dibungkus serta 1,148kg serbuk ketum yang belum diproses dalam rumah itu,” katanya.

Beliau berkata turut dirampas ialah pelbagai peralatan memproses dan mengisar serbuk ketum antaranya mesin pengisar, mesin pembungkusan dan penimbang.

“Setakat ini kami tidak menemui dadah lain di rumah itu dan kami sedang menyiasat sama ada dadah lain turut digunakan dalam menghasilkan serbuk ketum itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd