• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKNS FC Selangkah Ke Separuh Akhir Piala FA

oleh Ahmad Albab
20/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Liga Perdana, PKNS FC, hampir pasti ke separuh akhir Piala FA selepas melakar kemenangan selesa 4-0 ke atas Sime Darby FC pada aksi suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dekat sini, Sabtu malam.

Matias Nicolas Jadue membuka tirai jaringan untuk PKNS FC pada minit ke-18 sebelum menambah tiga lagi gol pada babak kedua menerusi Juan Manuel Cobelli (minit ke-54 dan 78′) dan Mohd Nazrin Syamsul Bahri pada minit ke-83.

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), pula mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, Melaka hasil sepakan penalti disempurnakan penyerang import dari Argentina, Juan Martin Lucero pada minit ke-18.

Pengadil Mohd Zohri Tajuddin memberikan sepakan penalti berkenaan selepas Lucero dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh ketua pasukan PDRM, Mohd Faizal Muhammad.

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan Perak menang tipis 1-0 hasil gol sendiri pertahanan Kuala Lumpur, Helmi Remeli pada minit ketujuh.

Untuk rekod, juara tiga kali Piala FA, Kedah, mengalahkan Sabah 2-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Tiga perlawanan timbal balik Piala FA akan berlangsung pada 1 April ini manakala aksi suku akhir kedua di antara JDT dan PDRM di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin diadakan sehari kemudian. – BERNAMA

Tags: PKNS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Kakitangan PKNS Azalan Dikebumi Di Shah Alam

20/10/2019
0

SHAH ALAM - Jenazah kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azalan Miswan yang maut dalam satu kemalangan di Turki pada...

Bersihkan Hutan Gombak Untuk Projek PKNS Dibantah

19/02/2019
0

PETALING JAYA - Sebuah organisasi yang memayungi 8 kumpulan pencinta alam memberi amaran kepada kerajaan Selangor yang meneruskan projek perumahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd