• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilih Kerja Di Luar Bidang Pengajian Satu Perkembangan Baik

oleh Ahmad Albab
27/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA - Lebih ramai graduan pada masa ini bekerja di sektor yang tidak mempunyai kaitan dengan bidang pengajian mereka, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia.

Pengarah eksekutifnya Datuk Shamsuddin Bardan berkata situasi ini dilihat lebih ketara berlaku pada tahun lepas dan ia akan menjadi biasa pada tahun ini kerana peluang pekerjaan yang berkurangan.

Malah, mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang perubatan, undang-undang dan kejuruteraan turut menceburi bidang pekerjaan berkaitan seni dan keusahawanan.

Menurut pakar, apa yang berlaku ini tidak mungkin akan menjadi satu trend yang tidak baik, sambil menegaskan bahawa kemahiran yang dibangunkan ketika mereka belajar boleh dimanfaat dan terpakai dalam kebanyakan bidang lain.

Walaupun sesetengah majikan masih teragak-agak untuk menerima calon yang mempunyai ijazah tidak sepadan dengan keperluan mereka, Shamsuddin berkata faktor-faktor seperti sikap yang baik dan keupayaan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris turut menjadi kekuatan.

Malah, terdapat juga calon yang berkemungkinan lebih baik daripada mereka yang dilatih dalam bidang yang khusus itu.

Shamsuddin memberi contoh seseorang yang mempunyai ijazah kejuruteraan tetapi bekerja dalam pentadbiran atau pengurusan yang berkemungkinan menjadi seorang pekerja yang lebih teliti dan lebih sesuai untuk kerja tersebut.

Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil pendekatan yang lebih fleksibel tahun ini, termasuk menggalakkan kursus dalam talian untuk menghasilkan lebih ramai calon yang sesuai dengan semua pasaran kerja.

Kementerian juga merancang untuk bergerak ke arah proses akreditasi yang lebih mantap bagi membolehkan pelajar mengikuti pelbagai program dari institusi berbeza tetapi masih boleh memperoleh ijazah yang diiktiraf bersama.

“Salah satu inisiatif ialah dengan memberi kredit kepada Massive Open Online Courses (MOOCs). Pelajar yang mengambil sebilangan kursus MOOCs boleh diberikan ijazah oleh universiti-universiti tempatan, dengan syarat mereka menghabiskan tempoh masa tertentu di kampus,” kata kementerian itu.

Ini bermakna pelajar boleh mendapatkan ijazah daripada gabungan kursus dalam talian dan masa yang dihabiskan di kampus. – mStar Online

Tags: pekerjaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd