• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyanyi Lagu `Country’ Diberi Beberapa Hari Lagi Untuk Hidup

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIA mahu hidup lama lagi, kalau boleh sehingga hari jadi anaknya yang kedua tahun, namun apakan daya, Joey Feek kini hanya mempunyai beberapa hari sahaja lagi untuk hidup.

Joey, yang merupakan penyanyi lagu-lagu `country’ yang berduet dengan suaminya, Rory disahkan menghidap kanser rahim tahap empat.

“Isteri saya telah tidur selama beberapa hari dan badannya kini semakin lemah.

“Pihak hospital yang datang lawat kami di rumah, hari ini beritahu bahawa Joey hanya mempunyai masa beberapa hari sahaja lagi… itupun paling lama,’’ demikian tulis Rory dalam blognya This Life I Live.

Pasangan itu mendapat cahaya mata perempuan pada 2014, yang dinamakan Indiana dan kanak-kanak itu disahkan menghidap Down Syndrome.

joey

Beberapa bulan selepas kelahiran Indiana, pasangan berkenaan mendapat berita bahawa Joey menghidap kanser dan meskipun rawatan intensif diberikan, kanser itu telah merebak.

Pada bulan November tahun lepas, pasangan itu memutuskan untuk menamatkan rawatan untuk Joey selepas doktor memaklumkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Joey merupakan pemilik restoran ketika dia bertemu Rory iaitu bapa tunggal yang mempunyai dua anak.

Pada Jun 2002, pasangan itu berkahwin dalam satu majlis kecil-kecilan.

Rory pula adalah penulis lirik yang dikenali dan pernah menulis lagu untuk Blake Shelton. – Mynewshub.cc

Tags: penyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd