• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Syarikat Didenda RM50,000 Buat Tuntutan Palsu

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat pengendali kursus dan latihan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengemukakan tuntutan palsu melibatkan yuran kursus berjumlah RM74,750, tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Tey Jinn Woei, 35, pengarah syarikat Academy of Creative Management Sdn Bhd, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan bagi setiap pertuduhan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Tey, didakwa atas lima pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu melibatkan lima yuran kursus berjumlah RM74,750 kepada syarikat Straits Perkasa Services Sdn Bhd dan Far East Packaging Industrial (Johor) Sdn Bhd, di Wisma Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Jalan Beringin, Bukit Damansara di sini.

Ketika rayuan, Tey, yang diwakili peguam J.Jayarubbiny memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum dengan alasan anak guamnya telah mengaku bersalah, yang telah banyak menjimatkan masa mahkamah.

“Tertuduh mempunyai tiga orang anak berusia antara 10 bulan hingga 8 tahun dan isteri yang tidak bekerja. Anak bongsunya mempunyai masalah jantung dan perlu menjalani beberapa pembedahan,” katanya sambil menambah tertuduh yang merupakan pesalah kali pertama juga telah insaf dengan perbuatannya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail. – BERNAMA

Tags: dendaPengarah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd