• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Van Ditahan ‘Gila’ Sumbat 33 Murid Sekolah

oleh
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang pemandu van di China ditangkap apabila kenderaan yang dipandunya ditahan oleh polis kerana berkelakuan mencurigakan, dengan membawa muatan yang melebihi batasan sungguh luar biasa.

Ternyata, van kecil yang sepatutnya hanya boleh memuatkan paling ramai pun sembilan penumpang itu didapati sarat padat dengan 33 orang kanak-kanak tempatan untuk dihantar ke sebuah sekolah rendah berhampiran!

Perbuatan kejam tersebut sememangnya berbahaya kerana ia berpotensi membawa risiko masalah pernafasan akibat bersesak-sesak dan lebih buruk lagi, padahnya jika van berkenaan terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Pemandu tersebut yang cuma dikenali dengan nama Zheng itu berjaya ditangkap pihak polis tempatan di mukim Huoqiu, di Wilayah Anhui di timur China, kira-kira 1,003 kilometer dari selatan ibu negara, Beijing.

van2

Siasatan lanjut mendapati bahawa Zheng memandu van sekolah tanpa kebenaran. Pemerintah China menyatakan, lazimnya pemandu bas atau van sekolah tanpa kebenaran akan memuatkan seramai mungkin kanak-kanak.

Mereka tergamak berbuat demikian demi mengaut keuntungan yang banyak tanpa mempedulikan keselamatan dan nyawa kanak-kanak kecil berkenaan. Zheng bagaimanapun didapati memiliki lesen memandu yang sah.

Namun dia tidak pula memiliki lesen sebagai pemandu yang dibenarkan untuk membawa kanak-kanak sekolah. Meskipun begitu, pemandu tanpa kebenaran seperti Zheng masih menjadi pilihan kebanyakan warga tua di China.

Bagi mereka, harga tambang pengangkutan sedemikian jauh lebih murah berbanding perkhidmatan kenderaan khas yang disediakan oleh pihak sekolah anak-anak mereka sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Polis China Terkejut Van Kecil Bawa 51 Penumpang

Juga: Bapa Cuai Tak Sedar Anak Tergolek Jatuh Dari Van

Tags: ChinaSekolahvan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd