Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Komuter Stesen Seremban-Batang Benar...

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antara stesen Seremban...

2.4 Hektar Parkir Kenderaan...

SADAO (Selatan Thailand) - Bagi kemudahan rakyat Malaysia untuk melancong ke Thailand, sebuah...

Malaysia Mampu Hadapi Cabaran,...

KUALA LUMPUR - Malaysia mampu melalui cabaran-cabaran awal, apatah lagi berkembang dan menikmati...

iPhone 7 Akan Diperkenalkan...

DENGAN bulan September yang menjelang tiba, salah satu perkara yang dinantikan orang ramai...

Pemain Dram Kumpulan Lefthanded Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Man Dayak, pemain dram kumpulan Lefthanded telah kembali ke rahmatullah pada Selasa setelah mengalami sesak nafas.

Vokalis kumpulan Lefthanded, Nash yang mengesahkan berita kematian Man Dayak atau nama sebenarnya Abdul Rahman othman berkata, Allahyarham meninggal dunia pada tengah malam Selasa, akibat serangan jantung pada usia 54 tahun.

“Alhamdulillah syukur saya dan rakan-rakan termasuk Man Kidal sempat sampai untuk menguruskan jenazah,” katanya.

Jenazah Man Dayak telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Jalan Tampoi, Johor.

Selain Nash, Man Dayak dan Man Kidal, kumpulan Lefthanded dianggotai oleh Yan dan Allahyarham Saman yang telah kembali ke rahmatullah pada 2008. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori