• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Reka Cerita Diculik, Takut Dimarah Ibu – Polis

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Cerita kononnya seorang pelajar sekolah diculik di sini dua hari lepas dan menjadi viral di media sosial adalah rekaan semata-mata, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md. Zukir Md. Isa.

Beliau berkata perkara itu sengaja diada-adakan kerana pelajar lelaki tingkatan satu tersebut bimbang dia mungkin akan dimarahi oleh ibunya.

“Hasil siasatan, pelajar berkenaan menyatakan kejadian itu sebenarnya tidak wujud dan cuma cerita rekaannya semata-mata. Malah tidak wujud suspek seperti yang didakwanya.

“Motif pengadu (pelajar) berbuat demikian ialah kerana dia takut dimarahi ibunya kerana lewat pulang dari sekolah. Dia berjalan kaki seorang diri untuk pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari sekolah,” katanya.

Pelajar berkenaan mendakwa dia cuba diculik dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal ketika dia berada luar kawasan sekolah semasa menunggu ibunya datang menjemputnya dan kerana itu dia tidak ditemui ibunya ketika datang mengambilnya.

Md Zukir berkata kes itu disiasat kerana membuat laporan palsu, namun akan menyarankan kepada pihak pendakwa raya agar tidak meneruskan kes tersebut. – BERNAMA

Tags: kes culikpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd